Sejak fenomena BERSIH 2.0, dua kes tangkapan
telah dibuat oleh pihak polis di Kelantan. Zakaria Bin Che Wail dan Mohd Amizul
Fazly Muhamed Sudin telah didakwa di bawah seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.
Pada 26 September lalu, Zakaria Che Will, 40,
yang didakwa menjual sebanyak baju-T
berwarna kuning bertulis Bersih di Jalan Datuk Pati di Kota Bharu pada juga
dilepas tanpa dibebaskan.
Perbicaraan kes tersebut diadakan di Mahkamah
Majistret Kota Bharu di hadapan Majistret Mohd Hafiz Mohd Nor. Zakaria diwakili
peguam Hatman Abdullah, Mohd Ab Rashid dan Mohd Murtaza Mokhtar, manakala
pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussin.
Manakala Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33
yang ditahan atas dakwaan memiliki t-shirt bertulis perkataan Bersih 2.0 pada
Julai lalu hari ini dilepas tanpa dibebas Mahkamah Majistret Bachok pada
12/10/2011.
Perbicaraan di lakukan dihadapan Majistret
Mohd Hafiz Mohd Nor. Mohd Amizul Fazly
diwakili peguam Firdaus Mohd Yusoff, Mohd Alami Lazim dan Mohd Abd Rashid Yah dan
pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wong.
Zakaria dan Amizul Fazly telah dilepas tanpa
dibebaskan oleh Majistret berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan kepada
Mahkamah bahawa mereka telah mendapat arahan Jabatan Peguam Negara supaya tidak
meneruskan kes itu. Ekoran arahan tersebut majistret kemudian melepas tanpa
membebas kedua-dua tertuduh.
Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia
(LUHAM) Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) telah mendapat mandat khusus
bagi mewakili kedua-dua tertuduh dalam kes ini. Saya mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua peguam LUHAM yang terlibat dalam kes ini.
No comments:
Post a Comment