
Thursday, February 5, 2009
Speaker ke mahkamah

Monday, February 2, 2009
Najib Terkena Lagi
Mungkin Najib Razak berasa yakin strategi barunya dengan 'menculik' dua ADUN PR Perak ke Pekan dengan pujukan 'ugut'nya sehingga Pak Lah begitu konfiden dan ingin menumpang nama lantas mengumumkan yang sekurang-kurangnya 2 orang ADUN PR akan berpindah ke BN melalui media massa dan TV tempatan.
Tapi kejutan yang dibuat oleh MB Perak Ir Nizar dengan mengeluarkan surat akujanji letak jawatan 2 ADUN berkenaan dan pengumuman oleh speaker dewan bagaikan satu gerakan 'CHECK-MATE' buat Najib dan UMNO/BN.
Menghadapi bukan 1, tapi 2 PRK dalam masa yang terdekat dalam suasana yang tidak memihak kepada mereka bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh UMNO/BN dan PAK LAH sendiri pada masa ini.....mereka dah serik dan fobia dan masih lagi mengigau malam dengan kekalahan teruk di PERMATANG PAUH dan KUALA TERENGGANU...memang setakat Najib jadi pengarah pilihanraya pusat UMNO belum ada lagi hasilnya...modal dah banyak keluar...hasilnya takde menyebabkan dahi najib yang licin mula mengelupas.
ALANGKAH NAJIB RAZAK TERLUPA ATAU DIA MEMANG TAK BERAPA CERDIK LAGI UNTUK MENONGKAH ARUS POLITIK YANG PERDANA...bahawasanya Pimpinan PR dengan nasihat daripada para peguam dari awal lagi sudah membaca dan telah bersiap siaga dengan SURAT PERLETAKAN JAWATAN TANPA TARIKH (tarikh hanya perlu di cop bila perkara tidak diingini berlaku seperti kes ini) dan juga SURAT AKUJANJI untuk menangkis apa-jua taktik kotor lapuk UMNO sebagaimana yang berlaku kepada Jamaluddin Mat Radzi DUN Behrang dan Mohd Osman Jailu ADUN Changkat Jering.
SURAT PERLETAKKAN JAWATAN kedua-duanya berkuatkuasa semalanam (AHAD) jam 5:45pm. dan akan diisyhtiharkan secara rasmi oleh speaker negeri Perak hari ini bagi membolehkan Pilihanraya Kecil diadakan dalam tempoh 60 hari.
DALAM KES INI mungkin kedua-duanya yang tidak tahan umpanan dan rayuan ugut UMNO telah menerima imbuhan RMMMMM sebelum daripada membuat perisytiharan lompat masuk UMNO lagi...
Jamaluddin telah menafikan membuat surat perletakan jawatan tersebut sebaliknya mengiayakan menandatanganinya setelah PR menang didalam PRU12 didalam kenyataannya didalam the star semalam “This is an undated letter that I and six other PKR assemblymen were made to sign in March last year,” katanya.
BARU SEMALAM NAJIB TERSEDAR DARI MIMPI ...dan amat rasa menyesal dan dia mengeluh di dalam hati..."kalaulah aku dulu buat solat istikharah macam yang Haji Hadi Awang buat..." taklah jadi macam ni....KALAU LAH AKU BUAT SURAT AKUJANJI dan PERLETAKAN JAWATAN untuk semua ADUN BARISAN NASIONAL dari awal lagi taklah kerusi DUN BOTA mudah2 terlepas ketangan PR....dan kalau ada mana-mana ADUN UMNO yang nak keluar UMNO aku boleh just isytiharkan surat perletakan jawatan mereka..TAKLAH AKU PENING KEPALA BAGAI NAK GILA....cari taktik nak gagalkan 16 SEPTEMBER ANUAR???" kata najib penuh penyesalan didalam hati...
"KALAU LAH PILIHANRAYA KECIL DUN BEHRANG DAN CHANGKAT JERING NI AKU KALAH LAGI..,. KAT MANA AKU NAK LETAK MUKA LAGI LPS NI???" "MACAM MANA KALAU DALAM MASA PILIHANRAYA 3 ORANG EXCO PERAK YANG SDG TUNGGU MASA NAK LOMPAT MASUK PR BETUL2 BUAT HAL???"rungut najib dalam hati...
TAPI...SEMUA SUDAH TERLEWAT...sebab sekarang bukan mudah untuk Najib dapatkan apa-apa tandatangan dari ADUN2 BN....masing2 sedang mencari arah dan tak akan memberikan apa-apa wala' kepada Najib selagi Najib tidak berupaya mengembalikan keyakinan kepada mereka.....
BETULLAH FIRMAN ALLH SWT " kamu merancang dan Allah juga merancang...sesungguhnya perancangan Allah jua akhirnya yang akan berjaya"
WallAhuaklam
Thursday, January 22, 2009
The Herald boleh didakwa’
PUTRAJAYA: Akhbar The Herald - The Catholic Weekly boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana masih berdegil menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya pada edisi minggu ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Katanya, tindakan itu boleh mencetuskan konflik dan kemarahan di kalangan kaum lain di negara ini.
Katanya, Kabinet sudah memutuskan untuk tidak membenarkan akhbar itu menggunakan perkataan Allah, malah sebelum ini wujud persefahaman supaya perkataan digunakan agama Islam tidak digunakan pihak lain.
“Kita tertakluk kepada undang-undang. Jika dia tidak mahu ikut, seharusnya dia tunggu keputusan mahkamah, dia nak bangkitkan pertembungan dan konflik. Seharusnya kita kena mengelak konflik dan jangan ingat kita saja yang berhak, orang lain tidak ada hak.
“Saya akan rujuk kepada bahagian undang-undang kementerian. The Herald sepanjang masa ini terlalu agresif dalam cara mereka memberi reaksi kepada kita dan bertindak balas terhadap arahan, seolah-olah mereka bertindak mengikut cara mereka sendiri.
“Kita cukup menghormati agama lain. Tunggu saja keputusan mahkamah, itu keputusan kerajaan. Jika ada apa-apa terjadi, jangan salahkan kita jika kita haramkan, dia kata kita tak bagi dia kebebasan. Saya harap mereka akan mematuhi undang-undang dan peraturan,” katanya sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian di sini, semalam. Hadir sama, Timbalannya, Datuk Chor Chee Heung; dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap.
Beliau diminta mengulas laporan agensi berita asing mengenai kenyataan editor The Herald, Lawrence Andrew yang berkata, edisi akhbar berkenaan minggu ini menggunakan perkataan dilarang dan akan terus berbuat demikian sehingga mahkamah membuat keputusan berkaitan isu itu bulan depan.
Awal bulan ini, KDN menyambung permit The Herald selama setahun berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Bagaimanapun, surat kelulusan yang ditandatangani Syed Hamid menetapkan tiga syarat perlu dipenuhi atau permit ditarik balik
Dipetik dari Berita Harian
Wednesday, January 21, 2009
Woooww....Nilai Sogokan Pilihanraya BN Bernilai Lebih RM1 Billion!!
Andaiaan sesetengah pemerhati politik bahawa selepas keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang memihak kepada PAS diumumkan, isu sogokan pilihanraya pun akan terhenti terbukti salah. Belum pun masuk 2 hari lepas pilihanraya itu selesai, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) - Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihanraya (NIEI) - yang memantau pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu lalu mendakwa banyak berlaku amalan rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut.
Pengerusinya, Yunus Ali berkata, laporan lengkap hasil pemantauan 10 petugas NIEI itu, akan siap dalam masa dua minggu dan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), kedutaan-kedutaan asing di Malaysia dan semua NGO. Yunus Ali mendakwa amalan rasuah dan politik janji rasuah oleh BN berleluasa dalam pilihanraya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion.
Antara sogokan pilihanraya oleh BN yang dikesan NIEI ialah:
i) Kehadiran menteri-menteri kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada BN serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut yang diragui punca peruntukannya.
ii) Pemberian wang ehsan RM300 bagi orang dewasa dan RM250 untuk muda-mudi yang diumumkan untuk diagih untuk warga Terengganu.
iii) Angpau sebanyak RM300 sempena perayaan Tahun Baru Cina kepada pengundi Cina manakala penarik beca di Kuala Terengganu pula dijanjikan wang ehsan RM10,000 seorang.
iv) Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.
v) Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.
vi) Pemberian sewenang-wenang 583 projek tanpa tender Kelas F yang bernilai RM15.8 juta yang menyalahi Arahan Perbendaharaan.
vii) Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.
viii) Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.
ix) Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
x) Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
xi) Pemberian RM6.1 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.
xiii) Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.
xiv) Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.
xv) Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu dan janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
xvi) Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.
xvii) Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.
xviii) Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.
Di samping sogokan, BN juga melakukan penyalahgunaan kuasa apabila:
i) Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pengurus Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN.
ii) Pengurus Pilihanraya yang menggantikan Mat Razali, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu iaitu Wan Mustafa Wan Hassan, juga disangsikan berkecuali kerana didakwa melibatkan diri dalam beberapa program kempen BN.
iii) Penggunaan pejabat Menteri Besar dan jentera sebuah jabatan kerajaan dalam upacara perasmian pecah tanah pembinaan masjid.
iv) Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri Terengganu didakwa melibatkan diri dalam program taklimat BN yang disasarkan kepada imam dan bilal masjid, ketua kampung dan pegawai perkhidmatan awam, termasuk pegawai kerajaan luar kawasan Parlimen Kuala Terengganu.
v) Pembabitan beberapa Kementerian Persekutuan bagi membantu kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu BN termasuk Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pertanian, Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti
vii) Pengedaran dan pemberian percuma akhbar-akhbar tempatan oleh BN sebagai sogokan kepada pengundi.
viii) Penganjuran pelbagai konsert yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, termasuk persembahan penyanyi popular dari Terengganu.
Selain dari BN, PAS juga menurut Yunus Ali turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, termasuk pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati. Seperti BN, pemimpin-pemimpin tertinggi PR berjawatan Menteri Besar dan EXCO mereka juga hadir dalam kempen yang diragui sumber peruntukan bagi membiayainya.
Pengecualian topi keledar dikaji
Polis mahu penafsiran undang-undang pelajar pakai serban tunggang motosikal
KUALA LUMPUR: Polis akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara berhubung penafsiran undang-undang menunggang motosikal dengan memakai serban, termasuk menentukan sama ada pelajar sekolah agama yang memakai serban ketika bermotosikal, boleh dikecualikan daripada dikenakan tindakan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata ketika ini pengecualian pemakaian topi keledar hanya diberikan kepada golongan tertentu seperti keturunan Sikh dan alim ulama Islam yang berserban.
"Jadi saya fikir perlu kajian semula terhadap tafsiran peruntukan undang-undang agar ia tidak menimbulkan sebarang masalah.
"Menjadi kebiasaan remaja sekolah agama sekarang memakai serban ketika menunggang motosikal, tetapi mengikut tafsiran undang-undang adakah mereka ini juga ulama.
"Jadi inilah yang kita perlu bawa balik kepada pihak atasan untuk dibincang.
"Jika polis tidak ambil tindakan, kita bimbang ada pihak sengaja tidak mahu memakai topi keledar, sebaliknya memakai serban sedangkan mereka bukan guru agama," katanya selepas Jamuan Makan Tengahari Penghargaan Media anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) di sebuah hotel di sini, semalam.
Pada majlis itu, Pengerusi YPJM, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meraikan dan menyampaikan surat penghargaan kepada media sebagai tanda terima kasih atas kerjasama diberikan dalam usaha membantu yayasan itu dan polis mencegah jenayah.
Musa yang juga Timbalan Pengerusi YPJM diminta mengulas keputusan Mahkamah Majistret Kota Bharu, kelmarin yang memerintahkan pelajar pondok, Ahmad Nasir Darus, 27, dipenjarakan dua hari selepas enggan membayar saman RM90 bagi kesalahan menunggang motosikal dengan memakai serban.
Musa berkata, beliau secara peribadi berpendapat semua penunggang motosikal mesti memakai topi keledar demi keselamatan.
Sementara itu, Musa berkata, beliau akan mengirim surat kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Kiat untuk mencadangkan supaya kawasan tertentu di pusat bandar diwartakan sebagai zon larangan motosikal sebagai usaha membendung jenayah, khususnya kes ragut.
Katanya, polis sudah membuat profil jenayah, termasuk peragut di kawasan dikenal pasti.
Dipetik dari berita harian
Tuesday, January 20, 2009
Kes serban: Pelajar pondok pilih penjara daripada bayar denda

KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban.
Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.
Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.
Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.
Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.
Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.
Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.
Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.
Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.
Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.
"Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.
Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.
Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.
Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.
Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan.
Dipetik dari Harakahdaily
Sunday, January 18, 2009
apa perasaan kita??


Assalamualaikum wr wb
Palestin, Bumi para Nabi dan
Rasul-rasul Allah Subhanahu
Wa Ta'ala kembali
bergemuruh, darah syuhada
kembali tertumpah memancarkan
harum syurgawi.
Mari kita panjatkan doa
qunut nazilah bagi saudara-
saudara kita di Palestin,
setiap raka'at terakhir
sholat wajib. Karena doa
merupakan senjata orang mu'min,
dan mari kita doakan bagi
kemenangan kaum muslimin
di bumi para Nabi ini.
Siapa tahu kali ini doa
kita di jawab oleh Allah
Subhanahu Wa Ta'ala.
Wallahu 'alam







