Thursday, February 19, 2009

Zambry akan ambil tindakan susulan mengikut undang-undang


Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan mengikut peraturan dan undang-undang berhubung tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah tindakan susulan itu.Zambry berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar tidak boleh membuat keputusan itu dengan sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya perlu membawanya ke sidang DUN terlebih dahulu, lapor Bernama."Keputusan jawatankuasa itu juga adalah menidakkan kuasa Sultan Perak yang membuat pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Katanya tindakan jawatankuasa berkenaan juga adalah subjudis memandangkan isu pelantikan beliau sebagai Menteri Besar telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin mencabar kesahihanMenteri Besar berkata Sivakumar juga telah melakukan satu penipuan yang besar apabila mendakwa di dalam kenyataan akhbarnya hari ini bahawa Zambry dan enam Exco berkenaan telah gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang tadi.

Menurut Zambry, beliau dan Exco berkenaan telah memberikan penjelasan kepada jawatankuasa tersebut dan turut mengemukakan bantahan awal dengan mengemukakan sebab-sebab mengapa beliau dan Enam exco berkenaan tidak boleh dikenakan tindakan terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Nafi gagal beri penjelasan"Oleh itu dakwaan Speaker bahawa kami telah gagal menawarkan sebarang penjelasan merupakan satu penipuan paling serius yang dilakukan oleh seorang speaker," katanya.

Sivakumar dalam kenyataan akhbar empat perenggan lewat petang tadi mengumumkan Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco berkenaan digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (PAS-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan DUN Perak itu sebagai kelakar dan mempersenda dewan berkenaan.

Nazri: Episod komedi

Nazri berkata, seluruh episod itu adalah satu "komedi" kerana keputusan oleh Sivakumar itu "amat tidak masuk akal"."Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu."Ini benar-benar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod," kata Nazri pada sidang akhbar di bangunan Parlimen."Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggota-anggota DUN Barisan Nasional hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi," kata Nazri.

Manakala Bekas Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Abdullah Abdul Wahab berkata tindakan speaker DUN menggantung serta-merta dan melarang Dr Zambry serta enam exco daripada menghadiri sesi dewan, tidak dijalankan mengikut prosedur persidangan dewan. Katanya, sebarang keputusan yang dibuat oleh kawatankuasa hak dan kebebasan itu, yang merupakan sebahagian daripada proses dewan, perlu mendapat persetujuan anggota dewan."Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang ditubuhkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri hanya boleh membuat syor kepada persidangan dewan, dan adalah hak anggota dewan untuk menerima atau menolak syor yang dibuat itu," katanya. 'Mesti ikut peraturan'Beliau berkata jika anggota dewan menerima syor tersebut, "barulah hukuman dijatuhkan mengikut peraturan yang ditetapkan" yang disokong oleh anggota dewan. Abdullah berkata persidangan Dewan Rakyat pernah mengambil tindakan menggantung keanggotaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) sebagai anggota dewan, dan tindakan itu diambil mengikut aturan mesyuarat dewan.

Pada 11 Disember 2001, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang pada masa itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membentangkan usul supaya Fong digantung keanggotaannya selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang menghina Parlimen dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tun Dr Mohamed Zahir Ismail. Keputusan untuk menggantung Fong dibuat melalui pengundian oleh anggota Dewan Rakyat yang hadir, di mana 83 anggota menyokong dan 28 lagi membantah, dan tidak dibuat di luar persidangan dewan tanpa mendapat persetujuan anggota dewan, katanya.

Bagi peguam kanan Ipoh, yang tidak mahu dikenali, berkata tindakan Sivakumar itu "jelas melanggar Aturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak (perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan)."Katanya mengikut Peraturan 71 (2) iaitu apabila dewan tidak bersidang, seorang anggota boleh memberitahu Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan dewan. Speaker jika berpuas hati, boleh menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dan jawatankuasa itu hendaklah melaporkan kepada dewan berkenaan dengannya, katanya.


Dr Aziz: Speaker ada kuasa

Beliau juga berkata tindakan Sivakumar itu juga "bercanggah dengan prinsip keadilan nasional" kerana ketujuh-tujuh Adun itu ialah wakil rakyat yang dipilih, justeru dengan keputusan yang dibuat itu akan menghalang mereka daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat."Lebih serius lagi, Dr Zambry dan enam Exco itu telah dilantik oleh Sultan Perak dan ia melanggar Perkara 12 Undang-undang Tubuh Negeri Perak mengenai pelantikan Menteri Besar dan Perkara 16 mengenai pelantikan Exco," katanya.Ia juga menghalang ketujuh-tujuh mereka yang telah dilantik secara sah oleh Sultan Perak daripada menjalankan tugas mereka dalam menguruskan dan membangunkan negeri.Lagipun "adakah ketujuh-tujuh mereka dikeluarkan saman yang memperincikan kesalahan mereka dan dibenarkan untuk mempertahankan diri mereka?" tegasnya.

Sementara itu, pensyarah undang-undang Prof Dr Aziz Bari pula berkata Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat demikian."Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya. Katanya sebelum ini terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat."Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel" katanya.


Wednesday, February 18, 2009

Nizar hadir di mahkamah untuk sebutan kes saman


Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Tugas-tugas Khas) di Jalan Duta untuk sebutan samannya mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.Nizar tiba kira-kira jam 10.45 pagi bersama dengan beberapa ahli exco Pakatan Rakyat Perak, termasuk setiausha DAP negeri itu, Nga Kor Ming serta sepasukan 10 orang peguam, yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah.Saman tersebut, yang difailkan Jumaat lalu, dijangka didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Arif Md Yusof.Nizar memfail saman tersebut selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa di Perak, selepas empat wakil rakyat Pakatan keluar parti, termasuk seorang daripadanya, Datuk Nasaruddin Hashim (Adun Bota) kembali ke pangkuan Umno.

Manakala dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (PKR Behrang) dan Mohd Othman Jailu (PKR Changkat Jering) - keluar PKR dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong pula keluar DAP.
Ketiga-tiga mereka menjadi Adun bebas dan menyokong BN.

Dengan sokongan mereka itu, BN mendapat sokongan 31 daripada 59 wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Berikutan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, mengarahkan Nizar meletak jawatan dan menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, mengangkat sumpah.Bagaimanapun, Nizar enggan berbuat demikian dan bertegas bahawa beliau masih menteri besar yang sah.Dr Zambry diwakili Penasihat Undang-undang Perak, Ahmad Kamal Md Shahid. Manakala peguam kanan persekutuan, See Mee Chun mewakili Jabatan Peguam Negara dan Hafarizam Harun menjadi peguam pemerhati bagi pihak BN.

Thursday, February 12, 2009

Perutusan MB Perak, YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin‏


BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah 'Lucut Jawatan' Menteri Besar Berhubung kecelaruan isu 'letak jawatan' atau 'lucut jawatan' saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa 'lucut jawatan' saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.


Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan> lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato' Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.


Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat.


Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya 'menjerit' ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan. Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya. Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.


IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
Menteri Besar Perak

Wednesday, February 11, 2009

Chambering Student

Antara tanggungjawab saya sebagai Ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan adalah menerima kunjungan hormat dari peguam pelatih. Bertujuan untuk memperkenal diri serta mendapat beberapa nasihat awal dari peguam senior, kadangkala ianya juga dapat memberi gambaran awal calon-calon yang boleh ditimbang untuk pekerjaan.

Kerana itulah, walaupun kunjungan hormat tersebut adalah dalam keadaan santai dan tidak formal ia harus digunakan sepenuhnya oleh peguam pelatih tersebut untuk menjual dirinya kepada bakal majikan. Janganlah kerana diwajibkan, kunjungan hormat itu seolah-olah menjadi satu beban yang teramat berat. Sekurang-kurang tunjukkan muka yang ikhlas walaupun terpaksa berlakun.

Saya nyatakan hal ini, kerana itulah reliti yang terjadi. Dalam 5 kunjungan yang saya terima, sekurang-kurangnya 2 kunjungan seperti tidak 'ikhlas'. Dan ianya boleh memberi gambaran awal yang tidak elok (kepada saya).

Saya juga selalu memberi gambaran bahawa tempoh sembilan bulan sebagai peguam pelatih adalah ibarat belajar mengeja selepas tempoh 5 tahun mengenal A B C di universiti. Pelatih secara sedar dan tidak; meragui apa yang telah dipelajari sebelum ini, kerana seolah-olah tidak ada matapelajaranpun yang berkaitan dengan kerjaya semasa.

Memang begitulah realitinya. Lantaran kerjaya undang-undang adalah satu seni yang mesti dihayati sepenuhnya oleh pengamalnya. Ia bukan berbentuk hafalan, sains dan rigid seperti bidang kedoktoran. Undang-undang adalah satu bidang yang bergerak seiring perjalanan masa. Dan bagi pengamalnya yang tidak mengambil endah peristiwa semasa tentunya akan ketinggalan.

Bagi saya pembelajaran undang-undang bukan semata untuk menjadi peguam. Tidak pelik bagi saya sekiranya anda menjadi penjual burger di tepi jalan sekalipun atau kontraktor atau apapun bentuk kerjayanya; tetapi anda faham dan mahir dengan prinsip undang-undang. Ia akan menjadi kelebihan bagi anda.

Dalam meniti kerjaya ini, ada ketikanya seorang peguam perlu mengusahakan nasi yang telah bertukar menjadi bubur agar boleh di makan semula. Ibarat menarik benang dalam tepung. Tepung tidak tumpah dan benang tidak putus. Beliau hendaklah menjadi sekreatif mungkin dalam memungkinkan kes yang di amanahkan itu berjaya diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Tidaklah maksud saya dengan penyelesaian itu dengan kemenangan sentiasa. Ada kalanya kekalahan juga adalah kemenangan. Jika anda faham maksud saya!!!

Saya juga sering - dalam kunjungan hormat - menasihatkan peguam pelatih agar terlibat dengan masyarakat. Samada terjun secara formal ke dalam persatuan, parti atau perkumpulan yang ada. Ataupun secara tidak formal dengan bersedia memberi khidmat nasihat apabila keadaan memerlukan.

Dan percayalah kata-kata saya, masyarakat amat memerlukan khidmat kita. Bersedialah juga untuk dikejutkan dari tidur jam 12.45 malam untuk menasihati pasangan suami isteri yang bergaduh. Lakukan khidmat itu dengan ikhlas, nescaya kepuasan yang tidak terhingga akan dirasai.

Sebenarnya banyak lagi kata-kata nasihat yang saya boleh berikan kepada peguam pelatih. Syaratnya? Tunjukan keikhlasan anda dalam kunjungan hormat nanti.

Monday, February 9, 2009

Film star’s marriage not valid, says court


KUALA TERENGGANU: The Kuala Terengganu Syariah High Court here yesterday ruled that the marriage between popular film star and director Aziz M. Osman (real name Aziz Othman) and ustazah (religious teacher) Nor Radhiah Ramli, 23, as not valid under Islamic law.

Datuk Ismail Yahya, the High Court Judge and Syariah Chief Justice, arrived at the decision after finding Nor Radhiah, who is the applicant in the case, to have not completed her edah (period barring a woman from remarriage after divorce) from her first husband when she married Aziz on Aug 16, last year.

In his 32-page judgment, Ismail also said Nor Radhiah, when applying to marry Aziz in Kuala Terengganu, had stated that she was an unmarried woman when in fact she had been ordered by the Kuala Terenganu Lower Syariah Court to undergo the edah from July 28.

Before her marriage to Aziz, Nor Radhiah had married Engku Ahmad Hisham in Pengkalan Kubor, Kelantan, on April 4 last year, but it was subsequently not recognised as the solemnisation took place in Narathiwat, Song­khla, Thailand.

Nor Radhiah then married Aziz, a widower with five children, in Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu on Aug 16, with the solemnisation done by her father Ramli Yusuf, 52.
It was witnessed by the local marriage solemnisation officer, Ismail Yusuf, 63, who is also her uncle.

The court then ordered the duo to live separately for a minimum of two edah periods. — Bernama

Dr M: MB harus dibenar panggil mesyuarat DUN


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "tindakan melompat" wakil rakyat di Perak seharusnya mengakibatkan pembubaran dewan undangan negeri (DUN) tetapi oleh kerana Sultan Azlan Shah mengisytiharkan tidak perlu diadakan pilihanraya, maka keputusan itu harus dihormati.

Katanya, menteri besar pembangkang harus dibenarkan memanggil mesyuarat DUN dan undi tidak percaya perlu diluluskan terhadap kerajaan berkenaan, lapor Bernama."Tetapi jika menteri besar tidak mahu mengadakan sidang DUN, jadi bagaimana kita boleh paksa beliau berbuat demikian.

"Undang-undang menyatakan undi tidak percaya mesti diluluskan sebelum ada pertukaran kerajaan. "Sekalipun mereka terus memerintah negeri itu, mereka bertindak sebagai kerajaan minoriti. Bagaimana kerajaan minoriti hendak mentadbir negeri, bila ia tidak punya sokongan," kata Dr Mahathir selepas demonstrasi teknologi SmartPool di the Mines Waterfront Business Park di ibunegara semalam.

Mengenai laporan bahawa pembangkang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan berhubung keputusannya, Dr Mahathir berkata walaupun tindakan pembangkang itu tidak beretika, undang-undang membolehkan tindakan itu diambil.

Bagaimanapun, Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin berkata, pihaknya tidak akan memfail saman terhadap Sultan.
Dipetik dari Malaysiakini

Sunday, February 8, 2009

Nizar MB Perak - Tengku Razaleigh


KUALA LUMPUR, 8 Feb (Hrkh) - Sambil menyifatkan kejadian di Perak memalukan, bagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Besar Perak ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

"Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.

"Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain," tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Tengku Razaleigh juga menekankan bahawa usaha menjatuh atau menubuhkan sesebuah kerajaan dengan apa jua cara lain dianggap pencabulan Perlembagaan Malaysia, penghakisan kedaulatan undang-undang dan menghadapi risiko menubuhkan kerajaan haram (kenyataan penuhnya di sini).

Ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat khas Exconya, Mohammad Nizar memberitahu, Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

"Belum pernah ada dalam dunia begini," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh tengah hari semalam.

Beliau mengulas kerumitan yang bakal timbul sekiranya majlis angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri BN dilangsungkan Selasa ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah sebagai menteri besar baru Jumaat lalu.

Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa mengadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.

Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, secara bergurau Mohammad Nizar berkata, "saya akan berebut, siapa datang awal"._