Tuesday, March 24, 2009

Perak Constitutional Issues Must Be Decided By High Court


PUTRAJAYA, March 23 (Bernama) -- The Federal Court here today ruledthat issues involving the interpretation of Article 16 (6) of thePerak Constitution must be heard and decided at the High Court and canonly be brought to the Federal Court by way of appeal.

The five-member bench presided by Court of Appeal President Tan SriAlauddin Mohd Sheriff made the decision after allowing a preliminary objection by Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin's lead counsel, Sulaiman Abdullah, that the Federal Court was not seised of jurisdiction to hear the four questions to be referred to it for determination.

The other four judges were Chief Judge of Malaya Datuk Arifin Zakaria,Federal Court judges Datuk S. Augustine Paul and Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin and Court of Appeal judge Datuk James Foong. Alauddin then set aside all the orders made by the Court of Appeal onMarch 20 including that which ruled that the four questions must be heard and decided by the Federal Court and remitted the case to the High Court, before the same judge, Lau Bee Lan.

The court was to have heard today the four questions in Mohammad Nizar's suit challenging the legitimacy of Datuk Zambry Abdul Kadir's appointment as Perak menteri besar. Both Mohammad Nizar and Zambry were present.

Alauddin rejected Sulaiman's application to appoint a different high court judge to hear the case.The court also ordered that a related suit filed by three state elected representatives against Perak Assembly Speaker V. Sivakumar be similarly returned to the Ipoh High Court for decision.

Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) and Hee Yit Fong (Jelapang) are suing Sivakumar for falsely declaring their seats vacant to pave the way for by-elections afterthey went independent.

The court was to have heard Sivakumar's case after Mohammad Nizar's case today.On March 10, Lau pronounced four constitutional questions to be determined by the Federal Court. The questions were formulated by senior federal counsel Datuk Kamaluddin Md Said for the Attorney-General's Chambers as requested by the judge.

Mohammad Nizar, 52, who is also Perak PAS deputy commissioner, had filed for a judicial review seeking to declare that he is the righful menteri besar of Perak and an injunction to bar Dr Zambry from discharging his duties as the menteri besar.

When met after the decision, he said he was thankful and that the decision was a beginning on the road to justice in the country's judicial system. Asked whether he expected to win today, he said: "I thought it was only50-50".

On his request for an audience with the Sultan of Perak to present three motions, including one calling for the dissolution of the assembly, which were approved by the state assembly at its sitting under a tree in Ipoh recently, he said the relevant documents were submitted to the sultan 10 days ago. However, he had yet to receive a response.

At the outset of proceedings, Alauddin rejected Sulaiman's application to have the case heard before a nine-member bench, saying that afive-member bench was sufficient. He also allowed the prosecution's application for Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail to be an intervernor in the hearing on the preliminary objection.

Sulaiman, in his submission, said that under Section 84 of the Courts of Judicature Act (CJA), the Federal Court was seised of jurisdictionto hear the four questions because the section was only applicable to questions of law regarding the Federal Constitution and not the state constitution and there was no law which gave Lau the power to move the issue to the higher court.

"The court is not at liberty to stretch or pervert the laws on the constitution to suit its purpose. In fact, my client (Mohammad Nizar) did not wish his case to be referred to the Federal Court," he said, adding that despite the urgency of the issue, no shortcut was allowed but the rule of law must be followed.

Abdul Gani submitted that Article 63 of the laws of the Constitutionof Perak and Section 84 of the CJA were consistent with each other and both provisions were formulated by the legislature to allow reference of constitutional questions to the Federal Court. He said all the constitutional questions referred to the Federal Court were relevant to the issue raised by Mohammad Nizar for a judicial review. -- BERNAMA


Thursday, March 19, 2009

Laporan Terhadap Ali Rustam Kepada SPRM

Hari ini, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan telah membuat satu laporan terhadap Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Mohd Ali Rustam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Wisma Persekutuan, Kota Bharu.
Lembaga Disiplin Umno semalam mendapati Mohd Ali bersalah melanggar peraturan pemilihan Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno minggu depan. Beliau yang telah didapati bersalah melakukan politik wang dalam pemilihan Umno kali ini.
Laporan tersebut telah dibuat oleh wakil LUHAM iaitu Ahmad Najib bin Deris.

Thursday, March 5, 2009

Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan


KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh)- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.

Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.

Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.

"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.

Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.

"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.

Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."

Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.


Wednesday, March 4, 2009

Peguam Syarie Menulis: Perlembagaan memartabat Islam


Syor wujud unit khas dengan pegawai kuat kuasa enakmen


PERSATUAN Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal kerana sehingga kini empat negeri yang sudah diarahkan menggubal undang-undang bagi mengawal serta menyekat pengembangan iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam masih belum berbuat demikian.

Isu itu sudah berlarutan lebih dua tahun sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan negeri berkenaan iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan segera berbuat demikian.

Namun, seolah-olah tidak ada tindakan termasuk di Wilayah Persekutuan kecuali beberapa kenyataan daripada pemimpin negeri berkenaan yang menyatakan persetujuan. Tiada penjelasan diberikan mengapa banyak masa diambil untuk menggubal undang-undang itu sehinggalah baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika menjawab soalan di Parlimen menegaskan bahawa kerajaan sudah bersedia menggubal Akta Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam.

Kenyataan tegas itu mendapat sokongan badan bukan kerajaan (NGO) Islam arus perdana dan diharapkan menteri berkenaan mengotakan janjinya itu.

Pada Ogos 2006, Perdana Menteri mengarahkan empat kerajaan negeri mengambil tindakan sesuai untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam.

Pada masa ini, semua negeri beraja seperti Perlis, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu, selain Melaka sudah melaksanakan kuasa itu melalui enakmen negeri masing-masing. Kelantan adalah negeri paling awal berbuat demikian pada 1981 dan paling akhir ialah Johor pada 1991.

Berdasarkan laporan akhbar, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang itu dikatakan amat mengecewakan kerana hampir tiada rekod menunjukkan undang-undang berkenaan pernah dilaksanakan. Antara kesalahan yang disebut pada undang-undang ini ialah memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut seorang Islam untuk menjadi seorang pengikut atau anggota suatu agama bukan Islam.

Turut dianggap sebagai kesalahan ialah mendedahkan seorang yang beragama Islam bawah umur 18 tahun kepada pengaruh suatu agama bukan Islam dan menghantar atau menyerahkan terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada seorang beragama Islam.
Selain itu, apa yang lebih penting pada enakmen itu ialah untuk menjadikannya lebih berkesan daripada sudut penguatkuasaan. Kekurangan itu dapat dilihat bagaimana setakat ini bukan saja masyarakat umum kurang mengetahuinya, malah di kalangan penguat kuasa sendiri tidak begitu arif mengenainya.

Ia kerana penguat kuasa enakmen bukan penguat kuasa agama tetapi polis kerana ia membabitkan pengawalan terhadap mereka yang bukan beragama Islam. Sehubungan itu, penulis mencadangkan supaya pihak berkuasa menubuhkan unit khas dengan menempatkan pegawai dan anggota yang khusus bagi menguatkuasa enakmen itu.

Melihat perkembangan kebelakangan ini, apabila banyak isu menyentuh sensitiviti umat Islam berlaku, tentunya penguatkuasaan undang-undang itu menjadi semakin mustahak. Namun, perlu ditegaskan bukan tujuan kita untuk meminta ada sesiapa yang ditangkap mengikut enakmen ini. Cuma kita mahu enakmen ini mampu menimbulkan kegerunan yang secara langsung menjadi satu bentuk pencegahan.

Harus diingat enakmen ini mempunyai asas rapat dengan Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 11 (4) yang membenarkan undang-undang digubal bagi mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam.

Pada perkembangan sama, penulis menyarankan negeri lain supaya mencontohi Kelantan yang sudah meningkatkan hukuman dalam enakmen berkenaan. Pindaan dibuat pada 1998 membolehkan Kelantan mengenakan hukuman denda tertinggi dan penjara paling lama berbanding negeri lain.

Melihat senario politik masa kini, Rang Undang-Undang itu mungkin melalui jalan mudah jika dibentangkan di Parlimen kerana ia akan dibentangkan kerajaan sendiri, manakala wakil rakyat Pas diharapkan tidak akan menentang Rang Undang-Undang berkenaan.

Wakil rakyat PKR pula yang sebahagiannya juga adalah orang Islam termasuk Zulkifli Noordin yang bertanyakan secara khusus berkaitan akta ini sudah tentu tidak akan menyanggahnya. Cuma tinggal wakil rakyat DAP yang mungkin tidak dapat menerima hakikat itu.

Apapun, di kebanyakan negeri, adalah menjadi kesalahan menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam termasuk mengguna kalimah tertentu seperti Allah, Baitullah, Kaabah, solat dan lain-lain lagi. Negara baru-baru ini digemparkan dengan perintah dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang membenarkan penggunaan kalimah itu dengan syarat tertentu. Namun selepas didesak, menteri berkenaan meneliti semula dan mendapati terdapat kesilapan dalam pewartaan perintah itu.

Umat Islam arus perdana menarik nafas lega dengan keputusan menteri berkenaan dan mengingatkan supaya lebih berhati-hati apabila membuat keputusan mengenai Islam. Penulis mendesak supaya tindakan segera diambil kepada sesiapa saja yang melanggar undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Tidak perlu ditunggu sehingga keputusan kes kalimah Allah diputuskan oleh mahkamah kerana sudah wujud kesalahan berkaitan perkara itu.

Menteri Dalam Negeri sepatutnya mengambil langkah proaktif membaiki kesilapannya dengan mengarahkan pelaksanaan undang-undang kawalan penyebaran agama bukan Islam itu dimantapkan dan dilaksanakan dengan berkesan.

Selesai isu pewartaan Menteri Dalam Negeri, timbul pula laporan yang memetik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyarankan supaya orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Jika benar seperti apa yang dilaporkan, kenyataan itu sebenarnya terkeliru antara nas al-Quran dan realiti perundangan negara. Ia juga nampaknya tidak mengambil kira faktor maslahah dan tujuan kenapa orang bukan Islam begitu beriya-iya ingin menggunakan kalimah itu. Malah, mereka tidak akan berhenti menggunakan kalimah Allah saja, mereka sudah pun meminta menggunakan perkataan lain seperti Baitullah, Kaabah dan solat. Kenyataan itu juga tidak bersandarkan kepada sejarah bahawa Kelantan antara negeri yang awal menggubal Enakmen Kawalan Agama melarang penggunaan perkataan Allah di kalangan orang bukan Islam.

Apatah lagi pada 2007, Dewan Undangan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar sendiri meluluskan Rang Undang-Undang meningkatkan hukuman dalam enakmen sama. Bagaimana pula sekarang Menteri Besar menyokong orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah? Kedudukan Islam mestilah dipelihara. Islam bukan hanya simbol negara malah adalah agama bagi negara. Sudah tentu sebagai agama bagi negara, Islam menikmati kedudukan istimewa berbanding agama lain tetapi pada masa sama tidak memaksa orang bukan Islam menganut Islam.

Tiada sekatan bagi penganut agama lain menganut dan mengamalkan agamanya dengan aman dan harmoni. Namun, penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam tidak boleh dilakukan kerana kerangka Perlembagaan Persekutuan memperincikan perkara sedemikian. Inilah hakikat yang perlu diterima setiap rakyat yang menjunjung Perlembagaan.

Malah, sumpah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda juga adalah mempertahan dan memelihara Islam pada setiap masa. Adalah tidak masuk akal Ketua Negara berikrar mempertahan dan memelihara Islam pada setiap masa sedangkan kerajaan baginda tidak patuh kepada ikrar itu.

Sudah sampai masanya kita melihat semula kerangka Perlembagaan Persekutuan daripada lensa berbeza supaya Islam itu dapat dimartabatkan.


Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://www.peguamsyarie.org/

Majlis peguam persoal keputusan mahkamah


Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN.

Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini.

Pertama, setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, tambah Ambiga, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian.

Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan wakil rakyat BN itu.

"Bagaimana mungkin beliau (penasihat) atau jabatannya boleh bertindak bagi pihak Speaker yang dicabar oleh Dr Zambry?" kata Ambiga dalam satu kenyataan.

"Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Mahkamah bertanggungjawab menegakkan prinsip tertinggi keadilan, kesaksamaaan dan kebebasan."

Ambiga juga menyifatkan Speaker tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengadakan sidang tergempar DUN di luar bangunan rasminya setelah dihalang oleh polis.

Kesahan tindakan polis ini membangkitkan persoalan yang serius, tambahnya. Apatah lagi, tegasnya, tindakan polis itu bersandarkan arahan setiausaha DUN yang hanya seorang pegawai pentadbiran yang tidak mempunyai kuasa untuk menafsir sama ada sesuatu persidangan dewan itu sah atau sebaliknya.

"Polis dengan itu telah bertindak secara tidak wajar apabila mencanggahi kehendak Speaker dan DUN. Kesilapan ini diburukkan lagi oleh keputusan Mahkamah Tinggi," kata Ambiga.



Tuesday, March 3, 2009

Mahkamah: Peguam tiada locus standi wakili Sivakumar


Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membuat keputusan bahawa pihak peguam yang mewakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar tidak mempunyai locus standi untuk mewakilinya dalam satu permohonan yang difailkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Kadir dan enam Exco kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim, memutuskan demikian dengan alasan Speaker adalah sebahagian daripada kerajaan negeri, kata Tommy Thomas, peguam yang mewakili Sivakumar.

Tommy berkata oleh yang demikian hanya Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri yang boleh mewakili Speaker DUN dalam prosiding kes berkenaan, lapor Bernama.

Zambry dan enam anggota exco kerajaan negeri itu semalam memfailkan permohonan supaya Mahkamah Tinggi Ipoh mengisytiharkan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN antara 12 bulan dan 18 bulan sebagai terbatal dan tidak sah.

Zambry dan enam Exco berkenaan turut memohon supaya mahkamah mengisytiharkan mereka berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua persidangan DUN dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan.


Monday, March 2, 2009

Memahami Islam Dalam Perlembagaan Malaysia


Oleh Khairil Anuar Ramli


Ketetapan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Negara bukanlah satu kebetulan yang dilakukan secara tidak sengaja oleh mereka yang merundingkan Kontrak Sosial lebih lima puluh tahun yang lampau. Ia adalah pernyataan tegas oleh semua yang telah berperanan merundingkan proses kemerdekaan. Ia adalah rumusan yang telah mengambilkira latar belakang sejarah, dinamika budaya tempatan, ciri-ciri ketamadunan dan ketatanegaraan di Persekutuan Tanah Melayu. Ketetapan ini tidak pernah menolak keperluan mana-mana anggota masyarakat yang lain untuk menghayati mana-mana agama yang menjadi anutannya.

Peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan ini merupakan salah satu dari tujuh ciri-ciri asas Perlembagaan Negara sepertimana yang dicatat oleh Tun Mohamed Suffian, bekas Ketua Hakim Negara (1974-1982). Menurut beliau, “The fourth basic feature of theConstitution providing for Islam to be the religion of the federation (Article 3(1)) (not for a theocratic state) and at the same time guaranteeing freedom of religion was accepted without controversy and debate.

The rulers of the Malay States and the Malay population were Muslims even before the arrival of the Portuguese in the sixteenth century and the Muslim population have always been tolerant towards the followers of any or no religion.” (An Introduction to the Legal System in Malaysia, 1989, hal. 13). Lain-lain ciri-ciri asas Perlembagaan Malaysia, menurut beliau lagi, ialah (1) Malaysia sebagai sebuah Persekutuan (Perkara 1); (2)Perlembagaan sebagai undang-undang utama Persekutuan (supremacy of the Constitution) (Perkara 4(1)); (3) Pengasingan Kuasa antara Eksekutif, Parlimen dan Kehakiman (separation of powers); (4) Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) (Perkara 39); (5) Demokrasi Berparlimen (Perkara 44); dan (6) Badan Kehakiman yang terpisah dan bebas dari penguasaan Parlimen dan Eksekutif (Perkara 128).

Kesemua ciri-ciri asas ini sememangnya wajar dipertahankan! Menurut almarhum Profesor Ahmad Ibrahim (m. 1998) di dalam kertaskerjanya, “Islam and The Constitution” yang dibentangkan di Universiti Malaya pada 23 Ogos 1987, ketika Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk pada 1956, terma rujukannya (terms of reference) secara khusus memperuntukkan, antara lain, bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu mempunyai peruntukan-peruntukan seperti (a) melindungi kedudukan (position) dan mertabat (prestige) Raja-Raja Melayu di negeri-negeri masing, (b) Yang Di-Pertuan Agung perlu dipilih dari kalangan Raja-Raja Melayu, dan (c) melindungi kedudukan istimewa kaum Melayu. Profesor Ahmad Ibrahim kemudiannya merumuskan kertaskerja beliau: “There seems a need therefore to give a proper place to the Islamic law and the Shariah Courts and thus to implement the provision that Islam is the religion of the Federation. As Islam is the religion of the Federation the Shariah as based on the Holy Quran and the Sunnah must be enforced in the Federation and it should be provided that any law which is inconsistent with the HolyQuran and the Sunnah shall be void to the extent of such inconsistency.

The Privy Councilhas ruled that in the case of Singapore a law to be valid must conform to the fundamental rules laid down by the English Common Law. This view seems to be acceptable to some in Malaysia too but as Islam is the religion of the Federation surely the fundamental principles of the laws should be based in Malaysia not on the English Common Law but on the Shariah. ”Tidak sampai setahun kemudiannya, pada 10 Jun 1988, Parlimen meluluskan pindaan Perlembagaan memperuntukkan fasal 1A kepada Artikel 121 Perlembagaan yang menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai sebarang bidang kuasa (jurisdiction) terhadap perkara-perkara yang menjadi bidang kuasa Mahkamah Shariah.

Pelaksanaan pindaan ini, pada awalnya, menemui beberapa kesukaran sehinggalah Mahkamah Agong membuat keputusan di dalam kes Mohd Habibullah Mahmood v Faridah Dato’ Talib pada tahun 1993. Dengan kes ini, kedudukan Mahkamah Shariah semakin diperkukuhkan. Perdebatan kemudiannya merujuk kepada apa yang dimaksudkan dengan “bidang kuasa Mahkamah Shariah”.

Kini setelah hampir dua puluh tahun pindaan ini dilakukan, bukan sahaja pindaan ini yang dicabar, malah beberapa peruntukan lain secara tidak langsung turut menjadi pertikaian termasuklah apa yang disifatkan sebagai ciri-ciri asas kepada Perlembagaan Persekutuan. Beberapa akta dan mekanisme baru pula cuba diketengahkan untuk mencabar secara tidak langsung institusi-institusi yang telah diwujudkan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini, umpamanya institusi mufti dan pihak pentadbiran agama negeri-negeri. Keputusan Mahkamah Shariah dipertikaikan. Perjalanan pentadbiran agama negeri negeri diperlekehkan. Malah tanggungjawab keagamaan untuk mengawal moral dan akhlak umat Islam sendiri ditanggapi sebagai mengganggu “privacy” golongan-golongan tertentu dan berselindung di sebalik hak asasi manusia. Yang sedihnya, gelombang reformasi yang diharapkan dapat mengembalikan kemuliaan insan (karamah insaniyyah) semakin karam dalam agenda perebutan undi dan kuasa. Tegasnya, apa yang telah diperkukuhkan selama 50 tahun negara merdeka, kini sedang cuba dirungkai. Kita semakin kembali ke zaman ketika kita dijajah.

Fenomena murtad dan implikasinya menjadi isu hangat yang mencabar keputusan dan kedudukan Mahkamah Shariah. Hal ini menjadi lebih sulit sekiranya disulami dengan campurtangan politik dan ketidakcekapan (incompetence) birokrasi. Ada pula yang mengambil untung dari kemelut kekeluargaan yang timbul berikutan fenomena murtad dan perceraian ini. Apakah kepentingan mereka ini adalah untuk mendamaikan perpecahan keluarga atau mengambil kesempatan politik (political mileage)? Apa yang berlaku kini cuba ditunjuk-tunjukkan sebagai permulaan satu perpecahan besar yang sudah tidak terelak, hanya retak menanti belah. Bagaikan kaum-kaum tertentu dihimpit, didiskriminasi habis-habisan tanpa belas kasihan dan dianiayai manakala kaum-kaum lain begitu zalim menguasai dan mendominasi. Sedangkan nilai-nilai yang menyatukan pelbagai kaum jauh lebih banyak dari yang membezakan mereka. Sesetengahnya pula begitu alergik dengan istilah-istilah kemelayuan dan Islami. Manakala sesetengah yang lain pula melihat sesuatu hanya menerusi kaca mata politik. Segala-gala dihitung melalui untung rugi politik dan perspektif perkauman sempit.

Sudah tidak ada lagi yang sanggup berlapang dada.Hari ini apa yang disifatkan berlapang dada ialah mengorbankan prinsip asasi yang mendefinisi seseorang. Sedangkan sebenarnya kita perlu bersatu dalam soal-soal yang dibolehkan dan berlapang dada dalam soal-soal prinsip yang memerlukan kita berbeza. Yang penting bukannya berbeza atau tidak berbeza; tetapi memahami di mana titik-titik perbezaan tersebut dan memastikan kita tidak akan berpecah hatta ketika kita berbeza.Sememangnya kita bersetuju dengan pandangan ramai pihak untuk kita mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuklah seruan YM Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak pada 3 April 2007 ketika menyampaikan ucaputama di Young Malaysians’ Roundtable Discussion on National Unity and Development in Malaysia: Prospects and Challenges for Nation Building. Di dalam ucaptamanya, beliau juga menganjurkan agar semua mengamalkan sikap kompromi (compromise) dan akomodasi (accommodation) ketika begitu ramai enggan berkorban dan hanya ingin menang serta mendominasi.

Malah, ramai yang masih tidak mahu menerima hakikat bahawa Mahkamah Shariah adalah setaraf dengan Mahkamah Sivil, sebagaimana yang telah diperakui oleh Perlembagaan Persekutuan sejak hampir 20 tahun lalu. Ketika golongan-golongan ini bersetuju dengan pendirian untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, pada masa yang sama, mereka menafikan kedudukan dan peranan Islam di dalam Perlembagaan. Sesungguhnya kedudukan Islam tersebut bukannya sekadar hiasan. Ia perlu diagendakan. Usaha untuk menterjemahkan Islam dalam dasar pentadbiran dan sebagainya tidak boleh diharapkan ke atas mereka yang sinis dengan potensi dan peranan Islam meskipun mereka beragama Islam. Di atas pertimbangan tersebut, demi memastikan tiada sebarang pencapaian generasi lampau dalam mengukuhkan peranan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, beberapa usaha perlu difikirkan. Pertama, sebuah gerakan pencerdasan undang-undang kepada masyarakat Islam perlu diusahakan.

Ia perlu menjelaskan tentang hak dan keperluan mempertahankan serta melaksanakan peruntukan Perlembagaan khususnya yang bersangkutan dengan Islam. Gerakan pengilmuan ini lebih menjamin keberkesanannya pada tempoh jangka panjang. Kedua, sebab-sebab yang mendorong fenomena murtad berlaku perlu didalami dengan mengkaji apakah mereka terdorong murtad kerana ketidakyakinan mereka kepada Islam atau sebab-sebab lain yang belum kita ketahui. Seandainya ia disebabkan oleh ketidakyakinan mereka, maka cara bagaimana mereka mempelajari Islam dan bagaimana masyarakat Islam mendekati mereka perlu diperkemaskan. Akhirnya yang menjadi keutamaan kita ialah proses pengilmuan dan pendakwahan. Hanya inilah benteng ketahanan yang paling ampuh yang boleh dibina di dalam setiap diri penganut Islam, tanpa sebarang pindaan kepada mana-mana peruntukan Perlembagaan!


Dipetik dari Pembela