
Thursday, May 28, 2009
Mahkamah isytihar kerusi Ladang kekal milik Pas

Pilihan Raya Kecil Dun Manek Urai
Sunday, May 17, 2009
Peguam desak IGP, Hisham letak jawatan
Majlis Peguam menuntut peletakan jawatan ketua polis negara dan menteri dalam negeri, ekoran penahanan lima rakan peguam mereka pada 7 Mei lalu.
Kelima mereka ditahan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram sewaktu mahu memberi khidmat guaman kepada sekumpulan individu yang ditahan kerana menyertai acara nyalaan lilin bagi menyokong aktivis Bersih, Woang Chin Huat, yang ditahan di bawah Akta Hasutan.Kesemua mereka dibebaskan selepas ditahan semalaman dalam lokap polis - satu tindakan yang telah mencetus kemarahan masyarakat peguam.
Kira-kira 200 peguam mengadakan bantahan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari berikutnya terhadap "penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis".
Dan untuk menyatakan kemarahan mereka, para peguam mengadakan mesyuarat agung luar biasa (AGM) hari ini berhubung perkara tersebut.
Ia dihadiri lebih 1,400 peguam. Selain mendesak Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan, para peguam tersebut juga bersetuju untuk memfailkan saman berhubung penahanan lima peguam berkenaan.
Saman tersebut akan difailkan terhadap Musa di balai polis Brickfields, pegawai penyiasat dan pihak kerajaan.
Mereka juga akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.Lima peguam yang ditahan itu ialah Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar (foto).
Mereka bagaimanapun dibebaskan pada 8 Mei bersama dengan Wong dan yang lainnya di balai polis Brickfields.
Tuesday, May 12, 2009
Nizar diisytihar MB

Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan hari ini kerana yakin mempunyai kes dan asas yang kukuh. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menerima keputusan itu dengan hati dan fikiran terbuka, menegaskan beliau serta enam Ahli Exconya akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.
Abdul Aziz berkata, walaupun BN sudah memenangi 31 kerusi DUN, ia tidak memohon supaya sidang DUN diadakan bagi melakukan undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar.
Snippet : Keputusan Mahkamah Tinggi Kes Nizar
Masakan tidak! Apabila tercetusnya krisis perlembagaan Perak 3 bulan yang lampau, saya telah dijemput untuk berceramah atas kapasiti sebagai peguam berkenaan dengan isu tersebut. Lalu berceramahlah saya, berdasarkan kes Stephen Kalong Ningkan, dengan semangat perlembagaan Persekutuan dan Negeri Perak. Saya memberitahu khalayak bahawa MB DS Nizar masih lagi menteri besarnya. Beliau tidak meletak jawatan, DUN belum dibubarkan dan beliau juga tidak pernah di undi percaya di dalam DUN.
Hiduplah saya dengan kenyataan tersebut. Sehingga kemudiannya beberapa saman difailkan dengan kenyataan yang berbagai-bagai. Ada yang pro dan ada yang anti. Malah kemuncaknya adalah kenyataan dan hujah yang diberikan oleh peguam negara sendiri sebagai pencelah yang memihak kepada UBN.
Khalayak mula bertanya dan ada yang memandang bahawa penerangan yang saya berikan terdahulu tidak tepat. Salah. Kerana yang berhujah adalah peguam negara yang katanya lebih 'cerdik' dari saya.
Apa yang boleh saya katakan. Melainkan gomelan sendiri. Sejak itu apabila ada yang cuba mendapat penjelasan dari saya berkenaan dengan isu tersebut, sambil menundukkan kepada saya berkata "Tak reti nak jawab, tunggu keputusan mahkamah"!
Lalu keputusan mahkamahlah yang saya tunggu semalam. Dan Alhamdulillah, keputusan tersebut sama dengan apa yang telah saya dan peguam-peguam lain belajar dan beramal. Keputusan tersebut membolehkan saya mengangkat kembali muka ini tanpa rasa bersalah.
Nanti kalau ada soalan lagi berkenaan dengan peguam negara? Saya akan jawab "Dok ambil kira orang bodoh....mencelah kerana nak belah".
Monday, May 11, 2009
TAHNIAH
Wednesday, May 6, 2009
Hukuman jenayah syariah perlu dipertingkat

BARU-BARU ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom ketika merasmikan Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), menyatakan hukuman bagi kesalahan jenayah syariah mungkin dirombak dan ditingkatkan termasuk hukuman sebat dalam usaha kerajaan membendung peningkatan kesalahan itu.
Umum mengetahui peruntukan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan) 1984 memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau enam kali sebatan. Walaupun hukuman ditingkatkan, belum ada kajian atau penulisan mengenai keberkesanan hukuman dalam membendung jenayah syariah. Cadangan hukuman sebat dialu-alukan sebagai cara mengawal meningkatkan jenayah syariah di kalangan masyarakat Islam. Namun, tidak ramai yang tahu hakim Mahkamah Syariah juga mengambil pendekatan mengenakan pesalah jenayah syariah dengan hukuman sebatan. Namun, setakat pengetahuan penulis, hukuman sebat tidak pernah dijatuhkan terhadap pesalah kecuali di Kelantan dan Pahang.