Thursday, March 26, 2009

Kebebasan berkata-kata TIDAK wujud di Malaysia

Sebelum anda semua menjadi terlalu ghairah tentang penggantungan Gobind Singh Deo selama setahun dan tentang Karpal Singh yang didakwa atas sebab menghasut, tolong baca artikel ini terlebih dahulu dan fahami bahawa, walau apapun yang membuatkan anda percaya, kebebasan berkata-kata TIDAK wujud di Malaysia.

Titipan ini adalah edisi terjemahan oleh Pemuda Guchil daripada rencana asal yang ditulis oleh YM Raja Petra atas tajuk “Freedom of speech does NOT exist in Malaysia”

Terlebih dahulu, lihat kedua-dua video ucapan Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen pada 1993:

Bahagian 1: http://www.youtube.com/watch?v=asNTbvlK7Eo

Bahagian 2: http://www.youtube.com/watch?v=SRMDrtn6898

Okay, sekarang baca apa yang ditulis oleh Tengku Razaleigh didalam Blog ini (http://razaleigh.com/) seminggu selepas Krisis Perlembagaan Perak baru-baru ini.

Tengku Razaleigh Hamzah dalam Krisis Perlembagaan 1993

Ini bukanlah krisis perlembagaan pertama yang menyentuh tentang hak Pemerintah. Hari ini krisis di Perak adalah mengenai hak kekuasaan keatas proses dimana kerajaan negara yang baru telah dibina di Perak. Ianya bukan mengenai status Pemerintah.

Dalam perbandingan, Krisis Perlembagaan 1993 timbul akibat daripada konfrontasi yang hodoh di antara Umno dan juga Pemerintah diatas soalan yang mempunyai implikasi secara terus keatas kedaulatan mereka dan juga keatas Yang diPertuan Agong. Atas alasan yang baik, Ketua Negeri dikebanyakan negara tidak boleh dibicarakan di mahkamah undang-undang biasa. Pada tahun 1993, kerajaan berkempen bagi membuang imuniti tersebut melalui pemindaan Perlembagaan.

Saya menentang pemindaan tersebut.

Didalam peristiwa tersebut, Pemerintah dan Parlimen telah dipaksa oleh kerajaan pada waktu itu dan pemindaan seperti yang sepatutnya diluluskan. Ini merupakan pemindaan yang sama, dimana, hari ini, menjadikan ianya sah bagi mendakwa seorang Pemerintah. Mr Karpal Singh, walaupun saya tidak bersetuju dengan beliau, namun tindakannya masih didalam haknya apabila beliau mencadangkan untuk menyaman DYMM Sultan Perak kerana kerajaan yang dipimpin oleh UMNO menggubal undang-undang pada tahun 1993.

Mari kita renungkan ironi ini. Adakah Umno melayan Pemerintah dengan benar dengan cara mendukung dan melindungi Perlembagaan, yang menjamin status mereka, atau sekadar memaparkan drama bagi pilihan raya Umno yang akan datang?

Ini membawa kita kepada persoalan tentang jenis pemimpin, dan jenis parti, yang kita mahu. Adakah kita mahu dipimpin oleh mereka yang memahami dan membincangkan isu asas yang dihadapi oleh masyarakat masa kini, dan haruskah kita mendapat pemimpin yang berupaya maju kehadapan “saling bersetuju dengan cara berdebat dan berbincang, pertanyaan dan pilihan raya”, atau haruskah kita sekali lagi jatuh pada mereka dimana bakat utama mereka adalah dengan cara berlagak seolah-olah orang luar hanyalah sekumpulan yang kecil, dan berasa tidak selamat didalam Umno, dan terutamanya generasi internet di Malaysia, mendapati ianya tidak masuk akal?

Kerosakan manakah yang lebih teruk yang telah dilakukan keatas kedaulatan seorang Pemerintah, pada 1993 melalui Parlimen atau seminggu yang lalu pada jalanan di Perak?

Dan hari ini Umno, dengan pegangan yang tidak konsisten pada peraturan undang-undang, dengan penghormatan yang tidak tetap bagi kunci institusi negara kita, merupakan pembela yang hebat atau efektif bagi Pemerintah dan undang-undang yang mendukung institusi ini?

Atau adakah kita sebenarnya membahayakan apa yang kita anggap untuk melindungi?

Diatas adalah video rakaman dalam dua bahagian bagi ucapan yang saya lakukan di Parlimen pada 1993 menentang pemindaan pada Perlembagaan.

Saya mempertahankan hujah saya.

***************************************

Artikel 10 bagi Perlembagaan Persekutuan di Malaysia

(1)Tertakluk pada Klausa (2), (3) dan (4) -
(a) setiap warganegara mempunyai hak dalam kebebasan untuk berkata-kata dan ucapan;
(b) semua warganegara mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara mempunyai hak untuk menubuhkan persatuan.

(2) Parlimen boleh menurut undang-undang menentukan -
(a) hak keatas perbincangan pada perenggan (a) Klausa (1), sekatan sekiranya dianggap perlu atau wajar demi keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya, hubungan baik dengan negara lain, perintah umum atau tata kesusilaan dan sekatan bertujuan melindungi hak keistimewaan Parlimen atau mana-mana Perhimpunan Badan Perundangan atau bagi menghalang kebencian pada mahkamah, fitnah atau hasutan terhadap mana-mana kesalahan;
(b) hak keatas perbincangan pada perenggan (b) Klausa (1), sekatan sekiranya dianggap perlu atau wajar demi keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya, atau perintah umum;
(c) hak keatas perbincangan pada perenggan (c) Klausa (1), sekatan sekiranya dianggap perlu atau wajar demi keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya, atau perintah umum atau tata kesusilaan.

(3) Sekatan keatas hak bagi menubuhkan persatuan melalui perbincangan pada perenggan (c) Klausa (1) boleh ditentukan oleh mana-mana undang-undang berkaitan dengan tenaga kerja atau pelajaran.

(4) Dalam menentukan sekatan demi keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya atau perintah umum dibawah Klausa (2) (a), Parlimen boleh melalui undang-undang mencegah persoalan bagi sebarang perkara, hak, taraf, kedudukan, penghormatan, kedaulatan atau hak keistimewaaan yang telah terbentuk atau dilindungi oleh peruntukan daripada Bahagian III, artikel 152, 153 atau 181 sebaliknya jika didalam perhubungan bagi melaksanakan sepertimana yang disebutkan didalam undang-undang.

***************************************

Artikel 10[1][a] daripada Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap rakyat Malaysia bebas dalam berkata-kata dan juga ucapan. Mengambil kira pengasingan, ianya ibarat jaminan bagi hak. Sedihnya, sepertimana yang kita semua tahu, jaminan tersebut bukanlah mutlak. Dimulai dengan Artikel 10[2][a] dan [4] daripada Perlembagaan Persekutuan, kita dengan segera diingatkan bahawa sebarang jaminan adalah, sesungguhnya, hanyalah khayalan. Tambahan pula, sekatan bagi kebebasan untuk berkata-kata disemadikan didalam undang-undang, contohnya seperti Akta Hasutan 1948, Akta Penerbitan dan Pencetakan Akhbar 1984 dan Akta Keselamatan Dalaman 1960.

Krisis Perlembagaan 1983 melibatkan Pemerintah dan penggubalan perlembagaan 1993 bagi, diantaranya, membuang imunisasi peribadi bagi Pemerintah dengan jelas menunjukkan bahawa etos baru telah berkembang dibawah Pentadbiran Mahathir yang membenarkan perbincangan mengenai perkara yang melibatkan Pemerintah.

Chin Thye Choo

***************************************

Persoalannya mudah. Artikel 10 bagi Perlembagaan Persekutuan di Malaysia memberi jaminan bahawa semua warganegara mempunyai hak dalam kebebasan untuk berkata-kata, perhimpunan dan persatuan. Bagaimanapun, Artikel 10 yang sama ini juga membenarkan kerajaan untuk mengambil semula hak tersebut apabila dianggap perlu. Secara ringkasnya, anda tidak mempunyai kebebasan automatik bagi berkata-kata, perhimpunan dan persatuan. Kerajaan menentukan bila anda boleh dan tidak boleh mendapatnya.

Sekiranya anda maklum dengan apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh didalam ucapannya pada 1993 di Parlimen (didalam video diatas), terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan. Isu-isu ini berkaitan dengan Pemerintah, hak dan keistimewaan Melayu, Bahasa Ibunda, dan Islam. Walau dua per tiga Parlimen sekalipun tidak boleh mengubah ini. Orang yang boleh mengubah ini hanyalah Persidangan Pemerintah. Walau begitu sekalipun ianya mestilah keputusan sebulat suara oleh Persidangan Pemerintah. Majoriti sahaja adalah tidak mencukupi. Hanya satu suara yang menentang daripada salah satu Pemerintah boleh menghalang daripada terjadi apa-apa perubahan.
Oleh kerana itu adalah salah disisi undang-undang bagi sesiapa yang mencabar kedudukan Pemerintah atau kedudukan Islam dan Bahasa Ibunda atau mencabar hak dan keistimewaan Melayu.

Walaupun demikian, pada 1993, sepuluh tahun selepas Krisis Perlembagaan Pertama, Parlimen membuang imunisasi Pemerintah. Perkara ini telah diperdebatkan dengan banyak pada waktu itu dan telah ditentang oleh Tengku Razaleigh. Namun, Umno, diatas perintah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mahukan sayap Pemerinta diikat. Maka Parlimen meluluskan undang-undang yang kini menyatakan bahawa Pemerintah tertakluk keatas pendakwaan dan tindakan mahkamah, dimana dahulunya sebelum 1993 tidak boleh terjadi.

Ya, Umno membuang imunisasi Pemerintah. Dan, sepertimana yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh, ianya dilakukan selepas pesta mencaci raja-raja. Media massa utama pergi ke bandar bagi mendedahkan keterlaluan, perlanggaran dan salah laku Pemerintah sehingga media antarabangsa mengetahui perkara ini, yang seterusnya mengejek Pemerintah Malaysia.
Pemerintah dijatuhkan dan dimalukan. Mereka dicela dan dicaci. Sekiranya undian bagi pendapat dijalankan pada waktu itu, kemungkinan 90% daripada rakyat Malaysia, memilih untuk memansuhkan Pemerintahan Beraja dan bagi Malaysia untuk diubah kepada republik.

Sepertimana yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh, ianya merupakan Umno yang membahayakan Pemerintahan Beraja sehingga diluar kuasa pemulihan. Pemerintahan Beraja tidak lagi dilihat sebagai institusi yang mulia seperti dahulu. Sekarang ianya diperlihatkan seperti sebuah jenaka dan sesuatu yang Malaysia boleh berdiri tanpanya.

Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, mengatakan bahawa tidak salah untuk mengkritik Pemerintah. Lebih-lebih lagi, Pemerintah patut dikritik memandangkan kebanyakan daripada mereka berkelakuan tidak senonoh. Apa yang tidak boleh dipersoalkan adalah samaada Pemerintahan Beraja patut dimansuhkan dan negara berubah menjadi republik. Itu merupakan derhaka, kata Ghafar. Selainnya merupakan permainan yang adil.

Sebuah kempen telah dilancarkan di seluruh negara bagi membawa Pemerintah ke lutut mereka. Media massa utama mendedahkan satu demi satu keterlaluan, perlanggaran dan salah laku Pemerintah. Akhirnya, hanya sedikit rakyat Malaysia yang menghormati Pemerintahan Beraja dan kebanyakannya berkata secara terang-terangan bahawa sudah sampai masa bagi Pemerintahan Beraja berlalu.

Perhimpunan Negara memperdebatkan isu pencemaran Pemerintah dan bagaimana Pemerintah merupakan pewaris bagi tanah air, kompromi balak, dan kontrak kerajaan. ‘Tengku’ Wong telah didedahkan kepada ‘Ali Baba’ orang kuat Sultan Pahang. ‘Tengku’ Yong telah didedahkan dengan sama kepada arwah Sultan Terengganu. Media massa utama berkejaran menyiarkan gambar istana mewah di Penang yang dimiliki oleh Sultan Selangor dan Kedah (dimana semuanya karut semata-mata, kerana Sultan tidak memilikinya). Pendedahan terhadap kandang babi, hutang perjudian, gaya hidup mewah, dan entah apa lagi, telah dilakukan, kesemuanya berkait kepada Pemerintah bagi pelbagai negeri.

Kerajaan telah merampas Lamborghini milik Sultan Kelantan atas tuduhan beliau enggan membayar cukai import ke atas kereta tersebut - walaupun sebenarnya beliau dikecualikan daripada membayar cukai. Tetapi apabila kemudiannya ianya terbukti bahawa beliau tidak pernah mengelak daripada membayar cukai import, kerosakan telahpun dilakukan. Rakyat Malaysia terpegun bahawa Sultan membeli sedozen kereta sport yang bernilai jutaan Ringgit dan tidak perlu membayar apa-apa cukai seperti rakyat jelata sekalian.

Masakan tidak, selepas melihat pendedahan yang dilakukan oleh media massa utama, saya juga malu untuk mengaku saya daripada Kerabat Diraja. Umno telah benar-benar sama sekali memusnahkan Pemerintah. Sehingga orang Melayu sekalipun secara terang-terangan mengutuk Pemerintah.

Ya, hanya serahkan kepada Umno, terdapat kebebasan mutlak dan sepenuhnya bagi menyerang Pemerintah, menjatuhkan mereka dan memalukan mereka. Sehinggakan mereka menggubal undang-undang di Parlimen bagi membuang imunisasi Pemerintah agar mereka bukan sahaja boleh menyerang tetapi juga mengheret mereka ke mahkamah. Tetapi apabila mereka mahu menutup mulut pihak lawan, mereka mengatakan bahawa mengkritik Pemerintah merupakan satu jenayah.

Saya telah diberitahu bahawa mereka sedang mempertimbangkan bagi mendakwa saya dengan alasan menderhaka disebabkan menulis surat secara terang-terangan kepada Nizar, yang telah disiarkan di Malaysia Today. Kumpulan Al Maunah juga telah didakwa atas alasan menderhaka. Jika saya didapati bersalah, saya akan digantung hingga mati - seperti yang terjadi kepada orang-orang Al Maunah yang telah digantung di Penjara Sungai Buloh pada Ogos 2006.

Ya, ianya benar. Mereka tidak boleh menangkap saya dibawah Akta Keselamatan Dalaman atau Akta Hasutan atau kerana kesalahan memfitnah. Jadi sekarang mereka mahu menggantung saya atas sebab menderhaka kerana menulis surat secara terang-terangan terhadap Nizar meminta beliau mengingkari Sultan walaupun ianya mencetuskan Krisis Perlembagaan di Perak. Walaubagaimanapun, sejarah telah menunjukkan bahawa Umno telah menyumbang lebih banyak daripada apa yang saya mampu lakukan terhadap institusi Pemerintahan Beraja - dan kami mempunyai rakaman tersebut.

No comments: