Tuesday, April 28, 2009

Kes saman Zambry-Nizar dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai siapa Menteri Besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.
Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar dan Penasihat Undang-undangan Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada Isnin depan.
Ini kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi. Kali pertama pada 23 Mac apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan isu membabitkan tafsiran Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi dan hanya boleh dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan melalui rayuan.
Alauddin, Hakim Besar Malaya, Datuk Ariffin Zakaria dan hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusuf dan Datuk James Foong hari ini dijadual mendengar permohonan Zambry, yang difailkan pada 21 April, untuk memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah. - Bernama

Monday, April 20, 2009

Penghakiman kes Speaker Dun Perak, mahkamah salah masuk?

KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) - Dalam membuat keputusan yang menghukumkan Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Dato Dr Zambry Abdul Kadir, Mahkamah Persekutuan mengambil sikap yang berbeza dengan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengambil kira kedudukan Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan.

Kata Prof. Dr Abdul Aziz Bari ketika ditanya mengenai permohonan 10 perintah yang belum kesemuanya dikeluarkan. Perkara 72(1), kata Aziz, jelas memberi imuniti kepada prosiding dewan.
"Oleh kerana Tan Sri Alauddin Sheriff masih belum memberikan penghakiman bertulis, sebenarnya kita masih kabur. Tetapi ini mungkin dibangkitkan oleh peguam Sivakumar dalam prosiding di mahkamah berkenaan," katanya lagi.

Apa pun, kata pakar perlembagaan itu, keputusan mahkamah dalam kes-kes terdahulu seperti Lim Cho Hock (1979), Tun Datu Haji Mustapha (1986) dan Haji Salleh bin Jafarudin (1986) menjunjung peruntukan dan semangat Perkara 72(1) yang tidak membenarkan mahkamah menyentuh perjalanan dewan.

"Ini menyebabkan ramai yang terpinga-pinga dengan keputusan mahkamah berkenaan, sebab itu jelas menyalahi sesuatu yang telah termaktub dan diamalkan," kata beliau.

Aziz juga menimbulkan persoalan tentang kedudukan perintah-perintah yang dipohon itu di sisi undang-undang. Katanya mahkamah tidak boleh mempersoalkan kewajaran tindakan badan perundangan.
"Sebab itu mahkamah enggan membincangkan soal apakah sesuatu undang-undang itu adil atau sebaliknya", tambahnya.

Beliau berkata mahkamah, dalam melakukan semakan kehakiman, selalunya menangani soal bidang kuasa.
"Selagi sesuatu undang-undang itu masih di dalam bidang kuasa dewan berkenaan maka mahkamah akan melaksanakan undang-undang itu biar bagaimana tidak adil sekalipun", katanya.

Perintah-perintah seperti injuksi dan seumpamanya selalunya dikeluarkan ke atas badan-badan atau agensi yang diwujudkan oleh badan perundangan, baik parlimen maupun DUN.
"Jadi saya berasa musykil bagaimana peguam berkenaan boleh memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah ke atas speaker yang merupakan sebahagian daripada dewan", tambah Aziz.

Beliau berkata perintah juga boleh dikeluarkan ke atas menteri tetapi tidak ke atas kabinet yang merupakan badan eksekutif.
"Jadi keputusan Mahkamah Persekutuan di Perak ini amat ganjil kerana ia tidak selaras dengan peruntukan perlembagaan dan amalan yang telah berjalan selama ini".

Aziz juga menimbulkan sikap salah seorang hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin yang bersetuju dengan Tan Sri Alauddin Sheriff. Kata Aziz ini tidak konsisten kerana di dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (2006) Zulkefli tidak memberi perhatian kepada soal prosedur yang dibangkitkan oleh Anwar dalam pemecatannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1998.
"Dalam kes saman Anwar ke atas Mahathir itu Zulkefli merujuk kepada kuasa mutlak Perdana Menteri. Sepatutnya dalam kes Sivakumar ini Zulkefli harus mengambil pendekatan yang sama dan menentang keputusan Alauddin dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang lain," katanya.

Aziz berkata kes-kes perlembagaan perlu ditangani dengan prioriti yang betul; soal prosedur harus tidak menjadi halangan kepada isu pokok.
"Prosedur dan isu teknikal bertujuan membantu dan meregulisasi bukan menafikan hak," tegasnya lagi.- TMJ_
dipetik dari Harakahdaily

Sunday, April 19, 2009

Intisari Keputusan Kes 3 Adun v. Sivakumar

SIVAKUMAR MASIH DIBENARKAN MENCABAR KEPUTUSAN SPR KE ATAS TIGA ADUN YANG MELOMPAT
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat ( PR ) yang melompat iaitu Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) and Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga ADUN tersebut ?
Sebelum saya menjawab soalan tersebut di atas saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan yang diberikan semalam ( 9/4/2009 ) . Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut :-
1. Pada 9/4/2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang ADUN sepertimana tiga kerusi ADUN Perak tersebut kosong atau tidak.
2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang ADUN di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi ADUN tersebut .
3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi ADUN tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga ADUN tersebut adalah kekal sebagai ADUN .
Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga ADUN tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini ? Jawapan kepada soalan di atas adalah status ketiga-tiga ADUN tersebut masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut :-
1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi DUN kosong atau tidak , Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa ( SPR atau Speaker ) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi DUN. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.
2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga ADUN tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang ?
3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) .
4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan Saman ( Semakan Kehakiman ) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihanraya kecil bagi ketiga-tiga DUN yang berkaitan.
5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.
6. Jika kita boleh membuat satu analogi ( qiyas ) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut :-
Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah. Jika misalnya si suami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga , Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.
7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini, Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga ADUN Perak tersebut kosong atau tidak , ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang , Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan .
8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR , maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.
Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga ADUN tersebut masuk ke dalam dewan DUN. Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga ADUN tersebut dari masuk ke dewan DUN. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.
Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga ADUN tersebut masuk ke dalam dewan DUN.Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu UMNO menyekat kuasa V.Sivakumar – individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno.
dipetik dari blog Hanipa Maidin

Monday, April 13, 2009

Pengerusi LUHAM Kemalangan

Semalam 12/04/2009, Pengerusi LUHAM saudara Hisham Fauzi telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Mahkamah Jeli untuk menghadiri perbicaraan kes di sana.
Kereta Proton Waja yang dipandu beliau tiba-tiba terbabas lalu masuk longkang yang berada di tepi jalan. Namun begitu keadaannya tidak membimbangkan kerana beliau hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Kereta yang beliau naiki remuk teruk di bahagian hadapan.
Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada beliau dan juga Tahniah diucapkan kerana telah terpilih sebagai Ketua Pemuda Pas Kawasan Tanah Merah dalam pemilihan baru-baru ini.

Thursday, April 9, 2009

Mensyukuri Kemenangan


Seramai lebih kurang 30 orang peguam dari Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda Pas Pusat terlibat dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang. Ini merupakan satu jumlah yang terbesar setakat ini berjaya dikumpulkan oleh Juham bagi memantau perjalanan pilihan raya tersebut.

Datuk Seri Nizar turut mengambil peluang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peguam yang terlibat ketika mesyuarat akhir Juham selepas tamat masa membuang undi. Pelbagai laporan mengenai pencabulan undang-undang dikemukakan oleh semua peguam yang terlibat kepada Aminuddin Zulkipli selaku penasihat undang-undang bagi pilihan raya kecil ini dan para peguam yang terlibat telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuat bantahan serta laporan polis.

Terima kasih juga kepada Juham Perak yang telah menyediakan segala kemudahan kepada para peguam yang terlibat.

Monday, April 6, 2009

Juham Berkampung Di Bukit Gantang


Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda Pas Pusat sekarang ini berkampung di Bukit Gantang bersempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Seramai 27 orang peguam telah ditugaskan untuk memantau perjalanan pilihan raya ini yang digabungkan dari Kelantan, Selangor, Johor, Perak dan Terengganu.

Semalam, Juham telah mengadakan mesyuarat terakhir di markaz besar Ayer Kuning bagi mengemaskini maklumat. Ini adalah pertama kali Juham dapat mengumpulkan peguam dari pelbagai negeri untuk memberikan bantuan perundangan sepanjang tempoh pilihan raya.

Friday, April 3, 2009

Album tambahan.....

calon PAS;


Wajah-wajah 4 peguam PAS yang ditugaskan didewan penamaan calon;


En. Amin dan En. Fathi;Peguam LUHAM Perak.
En. Rasyid dan En. Hatman;Peguam LUHAM Kelantan


Suasana penyokong PAS.....bandingkan dengan penyokong .....



koleksi tambahan untuk tatapan.....





penyokong warga tua PAS yang telah dibenarkan masuk oleh pihak keselamatan.



Pasukan FRU dan pasukan keselamatan
PAS yang sama-sama bertugas utk menjamin kelancaran ....















Keseluruhan gambar adalah koleksi peribadi LUHAM DPPNK.

Wednesday, April 1, 2009

ALBUM DARI BUKIT GANTANG-Lajnah Guaman Pas

(27/03/2009) rombongan pertama Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan telah menghantar 6 orang peguam untuk memantau pergerakan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang.

Rombongan ini diketuai oleh pengerusi Luham sendiri, saudara Hisham Fauzi dan dianggotai oleh Hatman Abdullah, Hilmi Abdullah, Khairul Anuar Mat Din, Nasrul Mohamed dan Mohd. Abd. Rashid Yah. Setibanya di sini Luham akan bergabung dengan peguam dari negeri-negeri lain bagi memantau aktiviti pilihan raya serta menasihati pihak parti supaya tidak melanggari undang-undang pilihan raya.


Wakil Gelombang Pertama Lajnah Guaman dan Hak
Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan








Rombongan pertama ini akan berada di Bukit Gantang bermula dari 27/03/2009 sehingga 29/03/2009. Kemudiannya akan digantikan dengan rombongan kedua dan ketiga berikutnya Luham akan menyediakan barisan peguam untuk membantu parti dalam pilihan raya kecil ini.



Mesyuarat Penyelarasan Lajnah Guaman Sempat Bergambar di Hadapan UPU Air
PAS Perak + Kelantan bagi PRK059 Kuning- Markaz PAS Kawasan K Krai



Menunggu Taklimat Khas Pilihanraya Bergambar di hadapan JPN Negeri
Daripada Pimpinan PAS Pusat di JPN Bersama Ex-Classmate di IIUM-KUSZA


HARI PENAMAAN CALON PRK P059


Apabila diperhatikan jumlah kehadiran penyokong Pakatan Rakyat di Bangunan WismaTaiping, secara kasarnya kami berani membuat kesimpulan iaitu melebihi sepuluh kali ganda dengan jumlah kehadiran penyokong 'kerajaan negeri haram' di sebelah hujung padang sana.
Pelbagai gelagat ditunjukkan bagi menggambarkan betapa kecewanya rakyat terhadap kerajaan sekarang. Mereka seolah-olah tidak sabar untuk 'meneriak' ke seluruh pelusuk negara mengenai perasaan mereka melalui peti undi.
Di satu bahagian, terdapat ribuan manusia berkumpul di lereng bukit di bawah payungan pepohon yang rendang sambil menyampaikan teriakan semangat secara serentak. Nampak seakan-akan pemandangan di Grand Stand Stadium San Siro, Itali.
Di bahagian lain pula kelihatan paluan gendang yang dikepalai oleh rakyat berbangsa India yang turut dikerumuni oleh orang ramai.
Masyarakat Cina pula dilihat cukup berdisiplin dalam memastikan panji sentiasa berkibar tanpa memikirkan kepenatan.
Namun sebagaimana yang telah dijangka, semua itu tidak langsung dapat mencuri perhatian media utama walaupun secubit. Peristiwa bersejarah ini telah dipejamkan sepenuhnya dan tidak akan tercatat sebagai bahan untuk diingati lantaran penggantungan dua akhbar baru-baru ini.
Begitulah senario politik kini di mana amalan yang ditinggalkan oleh parti pemerintah dulu 'digali semula' untuk digunapakai sekali lagi..
Lerengan bukit dipenuhi para pejuang
Ribuan manusia menantikan pengumuman calon
Penyokong mengiringi Ir Nizar dan pimpinan PAS yang lain selepas diumumkan calon
Sebahagian penyokong meluahkan perasaan kepada pimpinan BN ditenteramkan oleh YB Mujahid Rawa dan Ustaz Ahmad Awang
Timbalan Mursyidul Am (Dr Haron Din) terpaksa berehat seketika semasa perarakan calon
Kapal selam pun tumpang berkempen
Sebahagian pejuang yang datang dari jauh (PAS Kwsn Kuala Krai)
Kelab Penyokong PAS
DAP dan Keadilan turut terlibat
Makkal Sakti turut memberi sokongan