Thursday, December 17, 2009

Tengku Fakhry Cabar Pemangku Sultan

Mohon kembali kedudukan ahli Majlis Perajaan Kelantan

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, mencabar keputusan kekanda sulungnya yang juga Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, membatalkan pelantikannya sebagai ahli Majlis Perajaan Negeri.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan & Kuasa-Kuasa Khas) di sini, Tengku Muhammad Fakhry memohon keputusan itu dibatalkan dan mengembalikan kedudukan beliau serta semua hak, keistimewaan dan anugerah bersangkutan dengannya.

Pada prosiding semalam, Hakim Mohamad Ariff Md Yusof, menetapkan 31 Disember ini bagi memutuskan sama ada membenarkan semakan itu.

Tengku Muhammad Fakhry yang dilantik ke majlis itu oleh ayahandanya, Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 2001, menamakan Pemangku Raja Kelantan itu, Setiausaha majlis berkenaan dan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden pertama hingga ketiga.

Plaintif yang juga Putera ketiga Sultan Kelantan, turut menamakan lima ahli Majlis Perajaan Negeri yang baru dilantik Tengku Muhammad Faris sebagai responden keempat hingga kelapan.

Mereka ialah Datuk Hashim Datuk Yusoff, Datuk Tengku Salwah Almarhum Sultan Yahya Petra, Datuk Sukri Mohamed, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Kolonel Dr Mohammad Razin Kamarulzaman,

Majlis itu bertanggungjawab mengesahkan pewarisan kepada Takhta dan Kedaulatan Negeri Kelantan dan untuk menentukan jika terdapatnya 'ketiadaan' (kekosongan) di Takhta disebabkan ketiadaan yang berpanjangan dari Negeri oleh Pemerintah yang berdaulat.

Tengku Muhammad Fakhry dalam permohonannya yang difailkan pada 1 Disember lalu, menjelaskan majlis itu melantik Tengku Muhammad Faris sebagai Tengku Mahkota Kelantan ketika Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan hal ehwal negeri daripada 24 Mei lalu sehingga baginda sembuh daripada kegeringan.

Tengku Muhammad Fakhry berkata, Sultan dalam keadaan gering sejak Mei lalu, namun baginda yang menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura nampaknya pulih daripada kegeringan.

Katanya, beliau menerima surat daripada Setiausaha majlis itu pada 16 September lalu yang menyatakan pelantikannya dibatalkan dan diberhentikan daripada tanggungjawabnya sebagai ahli majlis berkenaan.

Tengku Muhammad Fakhry berkata, beliau meminta penjelasan berhubung perkara itu, tetapi Setiausaha majlis berkenaan dalam suratnya pada 26 Oktober lalu tidak memberi sebarang alasan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat di bawah perintah Tengku Muhammad Faris.

Plaintif kemudian mendapat tahu, Tengku Muhammad Faris melantik responden keempat hingga kelapan sebagai ahli majlis itu.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa pembatalannya dan pelantikan itu bertentangan dengan Perkara 7 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Kedua) kerana ia tidak boleh dilaksanakan Tengku Muhammad Faris sebagai seorang Pemangku Raja Kelantan tetapi hanya boleh dilaksanakan secara peribadi oleh Sultan.

"Pernaikkan takhta Responden Pertama ke Takhta Negeri Kelantan bukannya secara automatik. Beliau (Tengku Muhammad Faris) sebagai waris harus disahkan sebagai pemerintah yang berdaulat oleh Majlis Perajaan Negeri sebelum boleh dimahkotakan dan mula menjadi 'kedaulatan' Negeri Kelantan.

"Jika Responden Pertama tidak disahkan, putera kedua, iaitu Tengku Muhammad Faiz Petra sebagai waris kedua berhak untuk disahkan sebagai pemerintah berdaulat oleh Majlis Perajaan dan mengikut urutan pewarisan itu, plaintif sebagai waris yang lain berhak untuk disahkan sebagai pemerintah," katanya.

Katanya, pembatalan itu juga bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan kerana ia diputuskan tanpa sebarang alasan dan notis terlebih dulu.

Beliau turut memohon perintah mahkamah untuk membatalkan pelantikan responden keempat hingga kelima serta perintah quo warranto bagi mereka mengemukakan tunjuk sebab dan atas kuasa apa mereka berhak dilantik ke majlis itu.

Tengku Muhammad Fakhry diwakili peguam K Shanmuga dan Nizam Bashir, manakala semua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi.

Tuesday, December 1, 2009

DPPNK Buat Laporan Polis



Malam ini, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berkaitan khabar angin bahawa satu perhimpunan haram bakal diadakan pada esok hari 01/12/2009 di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan, Kompleks Kota Darul Naim.

Laporan polis tersebut telah dibuat oleh Bendahari Pemuda Pas, Saudara Wan Azimin  Wan Adnan yang diiringi oleh 3 orang peguam (Hisham Fauzi, Ahmad Najib Deris dan Mohd. Abd Rashid Yah) dan hampir 30 orang anggota Pemuda Pas. Tujuan laporan polis itu dibuat supaya pihak polis mengambil tindakan segera bagi mencegah perhimpunan haram tersebut dari berlaku kerana ianya akan menggugat ketenteraman awam. Ianya juga dipercayai ingin menggugat pentadbiran kerajaan negeri.




Monday, November 23, 2009

Mahkamah tolak permohonan tangguh pilihan raya di Kota Siputeh

PUTRAJAYA, 23 Nov: Mahkamah Tinggi mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh, Kedah segera dan menolak permohonan SPR untuk ditangguhkan.

Ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berkuat kuasa 16 November lalu, kata hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam keputusannya hari ini.

Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara yang mewakili SPR mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Seminggu sebelum itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa SPR wajar mengadakan pilihan raya kecil di kerusi berkenaan selepas didapati wujud kekosongan.

Namun Jumaat, 20 November lalu, SPR memohon hakim itu agar menangguhkan keputusan tersebut.

SPR memfailkan permohonan itu pada Rabu, 18 November selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

Pada Sept 1, Speaker DUN Kedah memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan ADUN kawasan berkenaan.
< Prev Next >

Sunday, November 8, 2009

MUTA’AH


1. DEFINISI MUTA’AH
Muta’ah berasal dari kalimah Bahasa Arab iaitu al-Mataa’ yang membawa maksud perkara yang menyukakan hati dan boleh dimanfaatkan. Dari segi syarak ialah pemberian harta yang diwajibkan ke atas suami untuk diserahkan kepada isteri setelah berpisah ( bercerai ) dengan syarat-syarat tertentu.

Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984, “ muta’ah “ bererti bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syara’ kepada isteri yang dicerai “.

Kamus Dewan, edisi ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Tahun 2002, halaman 913 pula menyatakan erti muta’ah ialah pemberian suami ( tidak diwajibkan kepada isteri setelah diceraikan, manakala “kahwin mutaah” adalah kahwin kontrak atau sementara ( yang dibenarkan pada peringkat awal perkembangan Islam, tetapi kemudiannya diharamkan).

Apa yang hendak kita perbincangkan di sini, bukan kahwin kontrak tetapi, adalah muta’ah dari sudut pemberian @ sagu hati suami kepada bekas isteri selepas diceraikan untuk mengurangkan tekanan perasaan isteri dan sebagai bayaran gantian kesepian isteri oleh sebab perceraian yang berlaku antara mereka berdua.

Dalil wajib memberi muta’ah kepada mereka seperti firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah ( surah 1: ayat 236 )
Mafhumnya :
“ Dan tidaklah kamu bersalah ( dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin / mahar) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh ( bercampur ) dengan mereka atau ( sebelum ) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka, walaupun demikian, hendaklah kamu memberi muta’ah ( pemberian sagu hati ) kepada mereka ( yang diceraikan itu ) Iaitu : Suami yang senang ( hendaklah memberi sagu hati itu ) mengikut ukuran kemampuannya: dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian sagu hati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang ( yang mahu ) berbuat kebaikan”.

Dalil kedua dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 241:
Mafhumnya:
“Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat muta’ah ( pemberian sagu hati ) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang bertaqwa”.

2. GOLONGAN YANG BERHAK
Pemberian muta’ah wajib diberi oleh suami kepada bekas isteri dalam keadaan berikut :-
a) Apabila diceraikan selepas berlaku persetubuhan.
b) Isteri diceraikan sebelum disetubuhi dan mas kahwin pula tidak disebutkan semasa akad nikah.
c) Jika isteri dihukumkan supaya berpisah dengan suaminya ( perpisahan disebabkan oleh suami seperti dia murtad atau meli’an / menuduh isteri berzina. Perpisahan itu berlaku selepas persetubuhan atau sebelum persetubuhan dengan syarat mas kahwin tidak disebut dalam akad ).

Sekiranya isteri diceraikan sebelum persetubuhan dan mas kahwinnya disebut dalam akad nikah, isteri tidak berhak mendapat muta’ah. Ini kerana dia belum mendapat separuh daripada mas kahwin, sedangkan dia masih belum memberikan apa-apa khidmat kepada suaminya. Jika perceraiannya berlaku disebabkan oleh isteri seperti isteri murtad, perceraian secara khuluk ( tebus talak ) dan nusuz, isteri tidak berhak mendapat apa-apa. Walau bagaimanpun bagi kes isteri yang pernah disetubuhi, sekalipun perceraian itu berpunca daripada isteri sendiri tidaklah gugur haknya untuk mendapat mahar sepenuhnya.

3. PEMBERIAN MUTA’AH MENURUT ENAKMEN KELARGA ISLAM

Mengikut peruntukan dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ), di bawah seksyen 56 dalam tajuk muta’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut berbunyi seperti berikut : “ selain dari haknya memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon muta’ah atau pemberian sagu hati kepada mahkamah dan mahkamah boleh selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. “

Permohonan untuk menuntut muta’ah perlu dibuat oleh isteri kepada mahkamah sekali dengan proses perceraian, tuntutan nafkah edah dan nafkah anak-anak. Pemberian muta’ah boleh dibuat dengan membuat bayaran sekali sahaja, berbeza dengan bayaran nafkah edah yang dibayar selama tempoh edah, begitu juga nafkah anak-anak yang berterusan sehingga anak-anak mencapai umur baligh.

4. KADAR MUTA’AH:
Penentuan kadar muta’ah, boleh dibuat atas persetujuan kedua-dua suami dan isteri dengan kadar tertentu atau sebaliknya, sekiranya mereka bersetuju dengan kadar harta yang tertentu, sama ada sedikit atau banyak kadar itulah yang diterima oleh isteri. Muta’ah itu sah berdasarkan kepada apa yang dipersetujui.

Jika mereka berselisih pendapat dalam menentukan kadarnya, kadhi ( hakim ) berhak menetapkannya berdasarkan keadaan mereka berdua, kedudukan kewangan suami, keturunan isteri dan sifat-sifatnya. Ini disandarkan kepada ayat al-Quran, surah al-Baqarah : 236 yang bermaksud :
“ Hendaklah kamu memberikan muta’ah ( pemberian sagu hati ) kepada mereka ( yang diceraikan itu ). Iaitu suami yang senang (hendakalah memberi sagu hati itu) menurut ukuran kemampunnya, dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya”.

Kadar muta’ah yang digalakkan ialah tidak kurang daripada 30 dirham atau yang senilai dengannya, dan tidak melebihi separuh daripada kadar mahar misil ( mahar yang munasabah ) Mahar misil biasanya diqiaskan kepada mahar perempuan yang setanding dengannya daripada kerabatnya sendiri seperti saudara perempuannya yang seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Perkara-perkara lain juga perlu diambil kira dalam menentukan kadar mahar misil itu termasuklah segi kecantikan, kekayaan dan tempat: kerana mahar tidak sama antara negeri-negeri. Masing-masing mempunyai adat dan tradisi yang tersendiri. Begitu juga status perempuan kerana menurut kebiasan, gadis lebih digemari atau diingini daripada janda. Demikian juga kematangan akal fikiran, keagamaan, keluhuran budi, pengetahuan, adab kesopan dan sebagainya.

Tidak semestinya disamakan betul-betul antara dua orang perempuan yang dikira setanding dalam segenap segi: cukup dengan persamaan yang hampir ternyata tiada jurang perbezaan yang jauh. Ini terserah kepada budi bicara pihak-pihak yang berkenaan di dalam keluarga dan masyarakat.

Menurut Mahzab Syafie, tidak ada penetapan kadar muta’ah, sekurang-kurangnya ialah apa jua yang ada nilai dan tiada pementuan kadar maksimumnya. Jika kedua-dua suami isteri bersetuju pada sesuatu kadar maka itulah yang sebaik-baiknya. Jika tidak, hendaklah di tentukan oleh kadhi ( mahkamah ) menurut kedudukan kedua-duanya. Kadar muta’ah itu disunatkan jangan terkurang daripada tiga puluh dirham dan jangan pula sampai kepada had separuh mahar ( mas kahwin ).

6. KESIMPULAN:
Sebagai kesimpulan daripada perbincangan ini dapatlah kita fahami bahawa muta’ah ialah pemberian sagu hati kepada isteri setelah berlaku perceraian, bagi tujuan meringankan bebanan dan kesusahan disebabkan perpisahan dan mengubati perasaan sakit hati serta rasa benci yang memuncak hasil daripada perceraian tersebut.
Pemberian muta’ah sebaik-baiknya dibuat atas kemampuan dan kesanggupan kedua-dua pihak dan persetujuan mahkamah. Perlu difahami mahkamah bukan medan membuka keburukan suami atau isteri,
tetapi merupakan tempat mendapat keadilan bersama .

Rujukan :
1. al-Quran al-Karim ( surah Al-Baqarah, ayat 236 ).
2. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran (Edisi Rumi), Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, cetakan kelima Tahun 1992.
3. Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Edisi Ketiga Tahun 2002.
4. Kitab Fikah Mahzab Syafie- Bab Undang-Undang Kekelurgaan oleh Dr. Musfafa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugho dan Ali asy-Syarbaji, Pustaka salam Sendirian Berhad - Cetakan 1, Tahun 2002.
5. Asas Kefahaman Islam ( Bahasan empat mahzab: Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali ) oleh Hassan Salleh, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Tahun 1992.
6. Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 ( Akta 303 ) International Law Book Services, Tahun 1995.

Mahayudin bin Abu bakar
Penolong Pengarah
Unit Pengurusan NCR
Bahagian KESUMA
JAKIM



Saturday, October 10, 2009

Juham Kelantan Ke Bagan Pinang

Semalam (Jumaat 09/10/2009) Pasukan Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan telah bertolak ke Bagan Pinang untuk memantau Pilihan Raya Kecil (PRK) Bagan Pinang. Rombongan seramai 13 orang peguam ini diketuai oleh Pengerusi Juham Kelantan sendiri iaitu saudara Hisham Fauzi.


Kami telah diarahkan oleh Juham Pusat supaya turun ke Bagan Pinang bagi membantu jentera Pas di sana terutamanya berkaitan dengan undang-undang untuk memastikan ketelusan pilihan raya Bagan Pinang yang kelihatan agak panas sedikit dengan beberapa isu pergaduhan.

Tuesday, September 15, 2009

Pilihan Raya Kecil N.31 Bagan Pinang


Hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat pengumuman bahawa hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.31 Bagan Pinang pada 03/10/2009 (Sabtu) dan hari membuang undi ialah 11/10/2009 (Ahad). Kedua-dua hari penting tersebut jatuh pada hari cuti hujung minggu. Ini berlainan dengan apa yang telah berlaku pada PRK Manek Urai dan PRK Permatang Pasir yang mana kedua-dua hari sama ada hari penamaan calon atau hari membuang undi masing-masing jatuh pada hari bekerja.

Saya tidak pasti sama ada ianya satu kebetulan ataupun telah dirancang sebegitu. Namun kalau kita perhatikan dengan teliti, nampaknya seolah-olah ketidakadilan berlaku kerana pihak SPR mempunyai budi bicara untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi. Tapi kini SPR nampaknya sudah hilang budi bicara sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Pilihan Raya. Malah tindakan SPR yang menetapkan hari mengundi khususnya pada hari bekerja menyebabkan ramai yang tidak dapat keluar mengundi dan tindakan SPR tersebut seolah-olah menafikan hak warganegara Malaysia untuk mengundi.

Saya tidak pasti apa alasan yang direka SPR untuk menjustifikasikan tindakan mereka menetapkan hari mengundi PRK Bagang Pinang pada hari cuti hujung minggu sedangkan PRK Manek Urai dan Permatang Pasir dibuat pada hari kerja? Pada mulanya saya ingin berbaik sangka terhadap SPR yang ianya adalah sebuah badan bebas dan tidak dibayangi oleh pihak pemerintah ataupun tangan-tangan ghaib untuk membuat sebarang keputusan. Namun dengan pengumuman yang dibuat SPR hari ini membuatkan saya rasa was-was dengan SPR.

Selama ini SPR selalu menyatakan bahawa mereka adalah badan bebas dan telus. Pihak kerajaan juga turut menafikan campur tangan mereka keatas SPR. Namun tindakan SPR hari ini menunjukkan cakap mereka tidak serupa bikin. Pepatah Karam Singh Walia ada menyebut: 'Baling batu sorok tangan'. Tetapi pepatah yang saya reka berbunyi: 'Kentut berbunyi, busuk tercium tapi tiada siapa hendak mengaku!'.


Dipetik dari al-Kubrawiyyah.

Thursday, August 27, 2009

Mahkamah: Dr. Hatta Tidak Bersalah, Polis Diarah Bayar Gantirugi


KUANTAN, 26 Ogos: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengesahkan tangkapan terhadap Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli bersama dua lagi ahli PAS sewaktu berceramah di premis persendirian pada tahun 2000 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Pesuruhjaya kehakiman Datuk Mariana Haji Yahya dalam keputusannya pagi tadi meminta gantirugi ditaksirkan kepada ketiga tiga mereka dihadapan pendaftar mahkamah dalam masa terdekat.

Hakim pada penghakimannya juga memberitahu, perhimpunan pada ceramah terbabit adalah aman dan tindakan polis menyerbu dan membuat tangkapan adalah satu pencerobohan dan telah mengakibatkan kekecohan.

Pada sidang media siang tadi, Hatta memberitahu keputusan mahkamah dalam kesnya itu memberikan implikasi besar kepada semua pertubuhan khasnya parti politik bahawa sebarang bentuk himpunan di premis persendirian adalah dibolehkan dan tidak memerlukan permit.

Ianya juga memberi peringatan kepada pihak polis supaya tidak lagi bertindak sesuka hati menangkap mereka yang berhimpun dalam kawasan premis persendirian.

"Kes ini menjadi land mark (mercu tanda) dalam kes sivil dan memberi dorongan kepada petugas petugas PAS dan parti bahawa di mana mana premis kita, kita boleh buat ceramah dan tidak perlu sebarang permit dengan syarat ianya tidak mengancam keselamatan Negara," ujarnya pada sidang media di pejabat agung PAS siang tadi.

Pada 10 Jun 2004, Sepasukan anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Rompin, Hanafi B. Haji Daud telah bertindak menangakap Hatta dan dua lagi rakannya semasa mengadakan ceramah di Markas Pas Bandar Muadzam Shah kerana mendakwa ceramah berkenaan tiada permit.

Ekoran penangkapan itu, ketiga tiga mereka telah dibawa ke lokap Bandar Muadzam Shah sebelum dipindahkan ke lokap Rompin dan ditahan selama 12 jam. Biarpun ditahan namun tiada sebarang pendakwaan dikenakan terhadap mereka.

Mereka yang diwakili peguam Hanipa Maidin dan peguam Fadhli Ramli kemudiannya telah mengemukakan saman terhadap Ketua Polis Daerah Rompin berkenaan. Jumlah gantirugi bagaimanapun belum dipastikan, Namun ianya akan dibuat dengan mengambil kira penahanan mereka selama 12 hari dan gantirugi- gantirugi lain.

"Polis ni kadang kadang kita bagi penjelasan pun dia tak mahu dengar. Heret kasar, tarik tanpa kasut, gari tak benar pakai baju dalam lokap aibkan orang. Kita tak boleh biarkan semua ni berlaku atas benda yang belum tentu melanggar undang undang. Jadi polis perlu ambil pengajaran," ujar Hatta lagi.

Hanipa yang hadir sama pada sidang media tersebut memberitahu, beberapa kes pendakwaan seumpanya yang melibatkan petugas dan pemimpin PAS tidak pernah kalah.

Antaranya kes Pendakwaraya melawan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dr. Dzulkifli Ahmad dan kes membabitkan ajk PAS, Mohamad Sabu pada ceramahnya di Kuala Kelawang beberpa tahun lalu..

Hakim bagi kedua dua kes tersebut juga memutuskan perkara sama iaitu tidak salah mengadakan himpunan atau ceramah di premis persendirian.

"Setakat ni kes melibatkan petugas dan pemimpin PAS yang didakwa melanggar perkara 27 akta polis semua kita menang. Saya harap polis tak kacau lagi lepas ni, tapi kalu dia kacau lagi pun bagusla, kita boleh kaya sikit," ujar Hanipa berseloroh.


Dipetik dari Harakahdaily

Perlekeh keputusan mahkamah syariah langgar etika kehakiman



Berita Harian 26 Ogos 2009
Oleh Mohamad Isa Abd Ralip

Rakyat tidak wajar persoal hukuman sebat terhadap Kartika
POLEMIK berkaitan sebatan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno, masih berlarutan. Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.

Sebelum ini media serta pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah tindakan berani Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah meminum arak di Hotel Legend, Cherating, Kuantan, tahun lalu. Mereka mengkritik bagaimana seorang yang wanita boleh dikenakan sebatan sedangkan di dalam peruntukan undang-undang sivil tidak memperuntukkan hukuman sebatan terhadap wanita kerana ia didakwa sebagai suatu tindakan zalim kerana menganiaya wanita.

Malah, lebih drastik lagi mereka tanpa segan silu mendesak kerajaan menyemak semula hukuman sebat sebagai satu bentuk hukuman dikeluarkan mahkamah syariah. Mereka menyatakan hukuman sebat ke atas wanita bukan saja satu bentuk diskriminasi terhadap wanita Malaysia, malah mencabuli jaminan perlembagaan berhubung hak kesamaan. Mereka mendakwa lagi menyebat wanita mengikut peraturan Kesalahan Jenayah Syariah bercanggah dengan undang-undang sivil yang tidak menghukum sedemikian ke atas wanita dan lelaki yang berumur seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 289 Kanun Acara Jenayah.

Walau apapun pandangan orang ramai, Hakim Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata, hukuman itu selaras dengan undang-undang yang harus dijatuhkan bagi menginsafkan tertuduh supaya orang ramai turut sama menjauhi arak.

“Hukuman diberikan untuk menghindar orang lain daripada meminum arak yang jelas (menjadi) ibu kepada segala kesalahan. Apabila minum arak, ia akan menyebabkan seseorang itu hilang akal dan melakukan pelbagai kesalahan,” katanya dalam penghakiman kes itu.

Ironinya, reaksi negatif itu tidak selari dengan langkah diambil Kartika yang insaf dan mahu hukuman sebat enam kali kerana minum arak disegerakan kerana berpendapat tindakannya itu mampu memberikan pengajaran berkesan kepada umat Islam serta kepada dirinya.

Saya tertarik dengan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin yang menyatakan kes Kartika ini mempunyai pengajaran dan patut dijadikan teladan. Beliau menyatakan masyarakat tidak sepatutnya bercakap mengenai apa hukuman dan siapa dihukum sebaliknya mengapa hukuman itu dilaksanakan pihak berkuasa. Ramai yang masih tidak menyedari minum arak itu suatu dosa besar, malah menjadi ibu bagi segala maksiat yang sepatutnya dijauhi.

Kecoh berkaitan dengan kes Kartika ini tidak terhenti begitu saja, mahkamah syariah sekali lagi dikritik kerana mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Kartika untuk hukuman dilaksanakan terhadap beliau seperti dilaporkan sesetengah akhbar. Hakikatnya bukan waran tangkap dikeluarkan, sebaliknya pihak pendakwa Syarie memohon mahkamah untuk mengeluarkan waran tahanan terhadap Kartika bagi dilaksanakan hukuman sebatan selepas tempoh rayuan hukuman yang diberikan kepada Kartika tamat.

Tindakan sesetengah pihak mencampuri urusan mahkamah syariah yang dalam bidang kuasa negeri, amat dikesali. Tidak sewajarnya mahkamah syariah dikritik apatah lagi keputusan itu dikeluarkan Hakim Syarie, seolah-oleh apa saja perintah mahkamah syariah boleh dikritik oleh sesiapa saja tanpa menghiraukan prinsip kebebasan kehakiman. Pihak terbabit dan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan atau semakan kepada Mahkamah yang lebih tinggi dan bukannya membuat kenyataan mengelirukan serta mengundang reaksi negatif orang ramai terhadap mahkamah syariah.

Semua pihak sewajarnya berlapang dada dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan tanpa perlu mempersoalkan serta disensasikan kerana keputusan dibuat bersandarkan kepada bidang kuasa ditetapkan. Undang-undang memberikan ruang sekiranya sesuatu penghakiman seseorang hakim itu tidak tepat atau berlawanan dengan peruntukan diselesaikan melalui perundangan, bukannya membuat sebarang kritikan pedas di dalam media ataupun membuat sebarang tindakan di luar batasan undang-undang.

Ia menjadi tidak adil bagi hakim yang membuat keputusan serta mahkamah sendiri kerana hakim terikat dengan etikanya sendiri dengan tidak boleh menjelaskan keadaan sebenar undang-undang di dalam media. Kita kena ingat sebarang komen atau kritikan terhadap keputusan hakim boleh diambil tindakan menghina mahkamah tanpa mengira ia mahkamah sivil atau syariah. Mahkamah syariah wajar dimartabatkan kerana ia adalah syiar serta nadi keadilan bagi umat Islam dan tidak wajar diperlekehkan oleh orang Islam atau bukan Islam.


Saturday, August 22, 2009

Khabar Dari Permatang Pasir



Pada 21/08/2009 (Jumaat), rombongan kedua Juham Kelantan yang diketuai oleh Pengerusinya saudara Hisham Fauzi turut disertai Ahmad Najib Deris, Wan. Mohd Nasri Kamarudin dan Mohd. Abd. Rashid Yah. Rombongan ini bertolak dari Kelantan pukul 8.00 pagi dan sampai di UPU Kubang Semang dalam Dun Permatang Pasir pukul 1.15 tengahari. Kami sempat bersolat Jumaat di Masjid yang di imamkan oleh Dato' Harun Taib, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat.

Pihak kami telah mengadakan perjumpaan dengan jentera PRK Permatang Pasir untuk memberikan taklimat berkaitan undang-undang berkaitan pilihan raya khususnya. Kami juga mengadakan perkongsian maklumat dengan Juham Pulau Pinang. Mengatur strategi sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian.

Alhamdulillah, banyak Juham negeri lain yang turut menghantar wakil atau tenaga masing-masing untuk memberikan bantuan

Monday, August 17, 2009

Gambar-gambar di sekitar hari penamaan calon










Peguam JUHAM Kelantan di penamaan calon PRK Permatang Pasir

Didalam keletihan bertugas pada PRK Manek Urai yang lepas masih dirasai oleh kesemua peguam JUHAM Kelantan, bagi meneruskan tugasan dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan oleh PAS kepada JUHAM, JUHAM Kelantan terus menabur bakti dengan menghantar wakil pertama JUHAM Kelantan ke PRK Permatang Pasir, Pulau Pinang, Saudara Hatman Abdullah ke pusat penamaan calon Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Petugas-petugas JUHAM Kelantan yang lain akan menyusuli bagi membantu jentera pilihanraya PAS di Permatang Pasir.


Hatman dan Adli


Calon bersama-sama pimpinan PAS

Rohaizat bin Othman Has Been Struck Off Of The Role

GEORGE TOWN (Aug 16, 2009) : Barisan Nasional is maintaining Rohaizat Othman as its candidate for the Permatang Pasir by-election despite him being disbarred by the Malaysian Bar in March last year.Umno vice-president Datuk Seri Zahid Hamidi said after a meeting at the BN by-election operations centre that Rohaizat was disbarred due the action of his legal firm partner. On the eve of nomination, the 38-year old syarie legal adviser has been swamped with rumours that he was disbarred. When contacted this afternoon, Rohaizat said he would issue a statement on the matter soon.

He also remained mum when asked if he was the one listed by the Malaysian Bar Council as having been subject to a disciplinary order on March 7 last year. A person by his name is listed on the bar council website. According to the website, a certain Rohaizat Othman’s case to the bar council’s disciplinary board was struck off under section 103D of the Legal Profession Act 1976. The section stipulates that the disciplinary board may make an order affirming or rejecting the finding or recommendation of the disciplinary committee, or impose a greater punishment than that recommended by the committee. Bar Council president Ragunath Kesavan said he could only check and comment on the matter today.Generally, however, he said a person who has been subject to such a move cannot practice as an attorney or a counsel, and cannot operate a legal practice.

Sunday, August 9, 2009

PERIBADI ATAU PERIBODY?

Oleh: Ariff Azami Hussein

salam,

Semalam (6 Ogos) tiba giliran saya sebagai salah seorang peguam dalam team Bar Council hadir ke inquest mendiang Beng Hock. Rasa teruja untuk menyertai prosiding memang tak dapat saya bendung. Apatah lagi, inquest ini telah ditangguh selama seminggu sebelum ini.

Mengikuti prosiding, banyak perkara yang saya observe tentang watak-watak utama. Antaranya aksi drama loyar Gobind Singh Deo yang penuh berjurus, soalan2 yang mencengkam jiwa saksi dan running commentary beliau terhadap jawapan saksi (yang kadang kala melucukan tapi ada juga yang sarcastic). Begitu pula loyar Tan Hock Chuan yang direvolusikan menjadi lead DPP (dah takda DPP tulen ke? Tuan Awang contohnya), dengan aksi meloncat beliau membantah setiap soalan nakal (atau jahat) Gobind seolah-olah beliau menjadi defence counsel SPRM pula.

Di dalam kandang saksi pula, Dr Seah (yang pernah menjadi saksi kes saya), cuba mengawal emosi dan counter segala tuduhan Gobind sehingga satu saat berkata, "lawyer's question is bias!". Dan sudah tentu watak paling utama (walaupun banyak mengunci mulut) adalah tuan koroner yang sentiasa ice cool dalam apa jua situasi (hati di dalam siapa yang tahu).

Saya tidak ingin menjadi reporter di sini. Banyak sudah media yang melaporkan setiap detik apa yang berlaku di dalam prosiding (sampai koroner batuk pun catit). Saya berminat untuk mengulas sedikit mengenai apa yang dikatakan being personal (peribadi) di dalam mengendalikan kes.

Adik kakak semua, dalam prosiding mahkamah; semua trio terlibat (hakim, pendakwa dan pembela) adalah officer of the court. Maknanya, semuanya bertugas mencapai maksud yang sama iaitu keadilan, cuma menjalankan role yang berbeza. Hasil basuhan dan bilasan tugas tiga komponen inilah yang menghasilkan satu cucian keputusan yang bersih dan adil. Dengan kata mudah, DPP tak sepatutnya gundah gulana kerana kes dibuang, loyar tak perlu mencuka kerana client dihumban ke penjara dan hakim boleh memutuskan dengan penuh lapang tanpa memikirkan virus KPI dan trojan statistik.

Di dalam inquest adalah lebih-lebih lagi. Pihak-pihak yang hadir sepatutnya berfungsi sebagai penolong kepada koroner. Saya perhatikan peguam yang dilantik menjadi lead DPP telah seolah-olah melampaui batasan normal iaitu beliau telah re-exam setelah selesai peguam mengoyak-rabakkan saksi. Bukankah dalam inquest beliau hadir sebagai penolong koroner juga? Semasa beliau menyoal saksi, itu bukanlah pemeriksaan utama dan loyar juga tidak dikatakan menyoal-balas saksi. Takda sapa-sapa yang dituduh di dalam inquest. Masing-masing hanya menanyakan soalan membantu koroner untuk mencari punca kematian. Apa perlu beliau cuba menselotapekan balik cebisan keterangan yang telah koyak rabak itu? Nampaknya beliau mungkin telah tergelincir ke lembah peribadi (personal) tadi.

Begitu juga dengan loyar. Kita faham bahawa apabila loyar itu mewakili keluarga si mati, beliau akan sedaya upaya cuba channelkan kemarahan atau ketidakpuashatian keluarga si mati semasa inquest. Sebab itulah kita dapat dengar soalan-soalan yang bersifat spekulasi dan menuduh seperti "ada tak kemungkinan si mati ditolak jatuh". Juga akan wujud running commentary kepada jawapan saksi seperti "oh now you are telling me you don't know what were you doing" atau "my god, what were you thinking" atau yang lebih klasik saya pernah dengar "I wish the DPP knows what justice means".

Saya juga pernah terjerumus dalam situasi begini. Dalam perbicaraan yang high profile, lawan yang "kerek", hakim yang ISA, mudah sekali untuk kita tergelincir dan mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya di dalam mahkamah. Saya pernah terkeluar perkataan "stupid" kepada lawan saya in the heat of the moment. semasa crossing sword dengan beliau . Pernah seorang DPP gedebe yang sudah tidak tahan dengan kerenah hakim yang cerewet tahap gaban, beliau menuturkan ucapan penuh bermadu "kalau Yang Arif asyik nak campur dalam soalan saya, Yang Arif turun sini dan tanya sendiri!"

Jadi, memahami kedudukan yang unik itu, saya berpandangan bahawa bersederhana itu lebih baik. Kadang-kadang menjadi minimalis juga bagus (less is more). Sedikit drama atau sindir menyindir atau lazer-melazer tidak salah, asalkan tidak keterlaluan sehingga ridicule pihak lain. Kalau hendak memperlekahkan pihak lain sekalipun, gunakanlah bahasa yang sesopan mungkin., hentamlah secukup rasa. Tanpa drama, prosiding jenayah akan menjadi seperti mendengar khutbah jumaat yang berskrip (yang dikawalselia pihak-pihak tertentu); mendatar, predictable dan membosankan. Apa yang penting (bukan kerjasama wonder pets) adalah cuba untuk tidak melampaui batas dalam menjalankan tugas di mahkamah untuk mengelakkan kita menjadikan kes itu personal (peribadi) atau lebih teruk lagi peribody (ada unsur-unsur busy body). Wassalam.

(petikan asal di loyarberjurus.blogspot.com)

A "FRIENDLY" ENCOUNTER WITH MACC




Oleh: Ariff Azami Hussein


Salam,

It's common for a layman to be afraid of the authorities. Stories and hearsay information about ordinary people being "tortured" or mistreated are prevalent among us. It is not because they have done something wrong, suffice for me to say its because the record speaks by itself.

The MACC is not excluded from this, moreover the issue of the death of Beng Hock is still fresh in our minds. Let's face it, among all the authorities, the MACC is the most equipped with legally approved "tools" that they can use in their investigation and also in the prosecution stage. That's why I personally rate MACC as the most powerful authority in 1Malaysia (after the PM and the first lady).

Many provisions contained in the new MACC act and also the old ACA act are contradictory with normal criminal procedure which conforms with rule of natural justice. Take for instance the presumption that a person who received money, is presumed to receive it corruptly. Under MACC act also, the accused must disclose his defence in the cautioned statement which is still admissible during trial stage. Worse is yet to come; under the new act, the defense now has to provide to the prosecution the defense statement and documents intended to be tendered by the defense (similar to Section 51A CPC). That's why, corruption cases are similar to sexual cases whereby it's so easy to accuse but so difficult to rebut. But then at least in sexual cases, corroboration is required as a matter of practice and prudence, whereas there's no such requirement in corruption cases.

Thus, when I was asked to investigate the reason for MACC officers conducting "a friendly visit" to YB Rodziah's office, I was left in the dark. When I arrived in SUK building, together with fellow lawyer Salim Basheer, we proceeded to a meeting room to "plea bargain" or "nego" with the MACC.

Suprisingly, what transpired next was totally in contrast of what I've expected. I've been informed that they came to seize certain documents and were quite adamant to achieve that. But, after I cross examined them with few loaded questions and cornered them, they "change" their stand to just coming "to test the water". They admitted that did'nt comply with the requirement of notice and there and then fill up the notice and serve it personally. Imagine what they could have done without lawyers being present?

For me its simple, its just being courteous and having understanding and mutual respect to each other. Lawyers need not have to resort to prebet adam or braveheart style all the time, (confrontational style) with every people. Some common sense is needed here. However prejudiced you are against the authorities (they are being selective and applying different standard towards different groups), the bottom line is; they are just doing their job. That's why the last 5 minutes or so was filled with chit chatting about their problems and grouses. Having said that; I was also doing my job as a lawyer. It did'nt stop me from telling them with my jurus sniper that they are not complying with the law and by simple words, they are not welcomed and please go back. Come again when you are ready to face me. Wassalam.

(petikan asal di loyarberjurus.blogspot.com)

Tuesday, August 4, 2009

MURAHNYA HARGA SEBUAH KEBEBASAN


Oleh: Ariff Azami Hussein

Ramai antara kita tidak pernah dipenjarakan. Ramai juga tidak pernah dilokapkan. Tetapi malam ini di Balai Polis Bukit Jalil, berpuluh2 warga Malaysia dinafikan hak kebebasan mereka dan dibajuungukan (baju lokap). Mereka juga disuruh mencangkung dan digari seperti penjenayah tersohor lagaknya.

Cubalah hadiri prosiding reman, apatah lagi yang membabitkan mereka yang sudah berumur dan kanak2. Fikirkan perasaan mereka yang sudah 24 jam dikurung di belakang jeriji besi dengan status sebagai saspek tetapi sudah dicop sebagai penjenayah di mata masyarakat. Fikirkan pula perasaan ahli keluarga mereka yang setia menanti di luar pagar balai polis sepanjang hari menantikan bilakah wajah orang kesayangan akan muncul dibebaskan.

Sebagai peguam yang sering ke kem motivasi Sungai Buloh dan lokap2 untuk prosdiding reman, saya dapat merasai sikit sebanyak hati kecil mereka yang ditahan. Ingatlah, ia boleh terjadi kepada diri kita dan mungkin ahli kerana mereka sudah ditangkap. Hey ,mereka belum disabitkan lagi dan belum tentu juga mereka akan dituduh.

Lantas, perlunya ada peguam hadir di prosiding reman bagi check and balance kepada permohonan IO. Undang2 adalah jelas di mana beban untuk justifikasi keperluan extension of remand terletak di bahu IO. Malah Seksyen 117 telah dipinda bagi menghadkan jumlah hari untuk reman bagi kategori kes berlainan dan mengelakkan berlakunya road show yakni upacara mengarakkan saspek ke balai2 yang pelbagai.

Malam ini, IO yang nampaknya juga kepenatan dan penuh stress telah memberikan beberapa alasan yang mencuit hati dan menggelikan hati. Antaranya, kerana hari ini Ahad maka mahkamah tutup dan tidak boleh dituduh. Juga alasan ramai saspek alamatnya jauh dan tak ada jaminan untuk mereka hadir semula jika dituduh. Satu lagi alasan yang seperti kata hakim coklat hacks (tak relevan!) adalah kerana hendak mengambil keterangan saksi polis. Kalau begitu reman sahajalah saksi2 itu apa kena mengena dengan saspek pula?

Alhamdulillah, majistret dengan tenang dan rasional selepas mendengar hujahan kedua2 pihak, menghayunkan tukul keadilan memihak kepada saspek2 ini. Lantas diluar bilikl okap hanya bacaan doa, iringan air mata dan ucapan terima kasih kepada peguam2 daripada saspek2 yang dapat memancarkan cahaya kesyukuran di wajah masing2. Gema takbir juga menggegarkan balai beberapa kali (ada polis yang bertakbir juga!).

Benarlah, mudah sekali liberty seseorang itu hendak dicurtailkan hanya semata2 untuk facsilitate pihak polis untuk melengkapkan penyiasatan mereka. Tetapi pada malam ini, kebanyakan daripada tahanan telah diberikan kebebasan kembali oleh majistret yang bijaksana, hasil kerja keras peguam2 dan sudah tentu doa seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kebebasan. Dan saya sebagai peguam akan terus berusaha menunaikan tanggungjawab memulangkan kembali kebebasan yang cuba dirampas secara terhormat melalui alasan reman ini. Wassalam.

(petikan asal di loyarberjurus.blogspot.com)

DEMO DEMO KAWE KAWE

Oleh: Ariff Azami Hussein


Salam,

Hari ini tanggal 1 Ogos 2009 kita (tidak) dikejutkan dengan berita penangkapan lebih daripada 400 orang dalam perhimpunan anti ISA di ibu kota. Ramai yang menyokong demonstrasi ini. Inilah ruang untuk rakyat menyatakan kemarahan dan menyampaikan mesej kepada kerajaan yang sudah berkurun berhenti setakat gear 1 (atau gear reverse?) apabila bercakap tentang usaha2 untuk mengkaji akta draconian (atau akta zombi kampung pisang?!) ini. PM tercinta mengatakan berilah pandangan, cadangan namun bagi penyokong anti ISA, usaha memberi cadangan ini samalah seperti menunggu ayam jantan bertelur (kerja Aziz Satar dalam Seniman Bujang Lapok).

Tidak sedikit pula yang menolak demostrasi jalanan ini (dengan merancang satu lagi demonstrasi jalanan?) dan berikrar mempertahankan undang2 keramat ini yang telah sekian lama berjasa dalam menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Akta inilah yang telah berjaya menyahtinjahkan golongan2 subversif dan pelampau yang mengancam keselamatan negara. Contoh2 pengganas ini adalah seperti Nik Adli (ketua kumpulan Mujahidin Malaysia atau apa nama ya kumpulan dia, apa nama dah lupa la) dan ahli2 politik (yang asyik membangkang saja) yang telah dilalangkan ke Kamunting dalam operasi lalang serta ramai lagi yang sewaktu dengannya semasa era kegemilangan reformasi akhir tahun 90an.

Kita perlu lihat dari 2 aspek bila bercakap mengenai demo ini, barulah berjurus. Emosi tak diperlukan di sini, hanya pemikiran yang berakal dan berwaras sahaja. Pertamanya, kedudukan ISA itu sekarang dan keduanya kewajaran/ketidakwajaran demo itu.

Semua orang maklum ISA adalah undang2 yang dibentuk zaman Tun Razak menjadi TPM lagi (1960). Ketika itu fokus penggubalannya adalah untuk mengekang kemaraan komunis (subversif) dan juga puak2 pelampau (terrorist). Seperti dalam konsep usul fiqh al-aslulibaahah, makna mudahnya asal sesuatu benda tu harus. Sama macam ISA, asal penggubalan memang murni dan mendesak (urgent) dan disokong semua pihak.

Tapi sekarang adalah zaman PM Najib Tuan Razak. Jika di AG's chambers ada Law Reform Unit maknanya undang2 ultra-veteran seperti ISA ni perlu dan berpatutan sekali direformkan jika tidak dihazaf terus dari muka bumi Malaysia ini. Kayu ukur di sini mudah sahaja, adakah ISA masih relevan, adakah tujuan asal mengekang subversif dah beralih allignmentnya kepada mengekang dissent terhadap establishment, adakah track rekodnya selama ini melambangkan tujuan asal penubuhannya atau tidak?

Benar, ada yang ditangkap dan dikamuntingkan mungkin benar2 pengganas, benar2 pelampau dan benar2 akan merosakkan kedamaian rakyat semua. Tapi, kata pemutus status kepengganasan seseorang itu terletak di tangan perisik2 polis dan menteri dalam negeri. Isunya di sini, ruang2 untuk penyalahgunaan akta ini sangat luas sekali. Ini belum dikira isu penahanan tanpa bicara dan ketiadaan hak untuk membela diri. Undang2 yang berbentuk pre-emptive sebegini, tidak memberi ruang untuk discrutinize dan dan dicabar bukti2 yang ada agar benar2 kukuh untuk memenjarakan seorang manusia (ya, mereka yang ditahan di bawah ISA manusia juga) selama 2 tahun atau lebih.

Peluang sebegini hanya wujud dalam sistem kemahkamahan yang biasa yang melimpahruahkan akses kepada hak2 asasi manusia kepada semua pihak; pengadu, pendakwa dan yang dituduh. Maknanya, bila seseorang itu dihumban ke kem motivasi Sungai Buloh atau pusat isterirehat Kajang; mereka telah melalui proses penyulingan perundangan yang menghasilkan buah sabitan yang jitu dan tak syak lagi.

Keduanya, wajar ke tak wajar berdemo ini. Jika kita belajar konsep momentum, semakin lama ditekan maka kuatlah reaksi yang akan diberikan. Begitulah saya ibaratkan terhadap demo ini. Mungkin rakyat sudah muak untuk berdiskusi, berforum, berbicang secara akademia tentang ISA ini. Mungkin mesej kebencian rakyat terhadap ISA ini tidak didengar selama ini. Saya percaya kita perlu adil di sini. Jika kita tidak setuju dengan method berdemo ini kerana memang apabila ramai2 itu mungkin ada yang hilang kawalan (termasuklah pihak polis); tak perlulah kita ridicule mereka yang hadir itu dengan kata2 nista seperti mereka telah membangkitkan kemarahan peniaga, merugikan penganjur PC Fair, mengakibatkan trafik jam yang melampau dsb. Tak baik mengata, memaki hamun atau memfitnah orang bukan? (seperti kununnya selalu dibuat pembangkang)

Mengikut perlembagaan, rakyat ada hak untuk berhimpun secara aman. Masalah di Malaysia ini wujud undang2 berbentuk pencegahan yang senang untuk disalahgunakan dek kerana tafsirannya yang kabur. Contohnya adalah Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Akta kegemaran pelajar universiti iaitu AUKU. Begitu juga Akta Polis yang telah menghadkan hak untuk berhimpun ini ke mata pena atau stamp pad OCPD. JIka OCPD kata boleh bagi permit maka halallah perhimpunan itu dan begitulah sebaliknya. Saya pernah bertanya di mahkamah saksi seorang OCPD apa yang beliau faham maksud illegal assembly? Bila menjawab dengan konfiden sekali; perhimpunan lebih 3 orang dan tiada permit. Wah begitu simplistik sekali jawapan itu.

Jadi, pada saya demo itu adalah wajar. Jika pihak pro ISA hendak berdemo juga, maka itupun wajar pada saya (i'm being consistent here). Mungkin aspek tempat (stadium lebih baik) dan juga masa boleh ditambahbaikkan agar lebih sesuai dan hasilnya kedua2 pihak boleh menghantar memorandum masing2 kepada YDPA dan pihak polis tanpa perlu susah hati boleh menjadi pengiring kepada perhimpunan aman ini. Sebagai penutupnya saya ada pandangan saya dan anda juga ada pandangan anda, we can agree to disagree here. Pendek kata, demo demo kawe kawe. Wassalam.

(petikan asal di loyarberjurus.blogspot.com)

Wednesday, July 29, 2009

Hukuman tegas terhadap model bertujuan pengajaran


Oleh Zainul Rijal Abu Bakar


Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bukti Islam serius cegah kemungkaran MASIH ramai yang tidak faham mesej yang disampaikan hakim syarie, menjatuhkan hukuman maksimum denda RM5,000 dan enam kali sebatan rotan terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, baru-baru ini.

Kesalahan itu disabitkan mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum mengikut Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.

Tindakan Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas wanita terbabit mengaku bersalah meminum arak di Hotel Legend Cherating, tahun lalu, adalah wajar hingga disifatkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai tindakan berani dan tepat berdasarkan hukum syariah.

Hakikatnya, keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan itu mampu membuka mata banyak pihak bahawa Islam serius dalam kerja mencegah kemungkaran. Kalau dulu pesalah yang disabitkan kesalahan sekadar menerima hukuman ringan bagaikan melepaskan batok di tangga. Kini mereka yang terbabit menimbang dengan mata akhirat dan akur pentingnya walaupun kita tidak syarie sepenuhnya, sekurang-kurangnya segala ruang yang ada diguna semaksimum mungkin agar umat Islam berkejar-kejar mengerjakan amalan baik dan benci serta meninggalkan segala bentuk maksiat dan kemungkaran.

Menurut rekod pada Januari lalu, mahkamah sama menjatuhkan hukuman sama ke atas satu pasangan yang melakukan kesalahan sama tetapi kes model sambilan ini adalah kes bagi kali ketiga. Setiap kali hakim itu menjatuhkan hukuman penjara kepada pesalah yang sama, terdengar suara sumbang membantah akan keputusannya atas alasan yang pelbagai termasuk mencabuli jaminan perlembagaan.

Hakikatnya sebarang bentuk hukuman sama ada denda, sebatan atau penjara, semuanya hendaklah dalam bentuk untuk memberi pengajaran kepada pesalah, bukannya untuk mendera atau menyebabkan kecederaan kepada pesalah. Prinsip hukuman di dalam Islam adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan khalayak supaya menginsafi perbuatan itu. Tanpa kita sedari hari ini masyarakat umum diberikan kefahaman yang salah berkaitan pelaksanaan sebatan ke atas pesalah itu dilakukan dengan menyamakan dengan pesalah jenayah lain di dalam undang-undang jenayah sivil. Masyarakat umum mengetahui bagaimana hukuman sebat dilakukan ke atas pesalah jenayah sivil seperti kes pengedaran dadah, rogol, liwat dan sebagainya.

Bagi pesalah sivil hukuman sebat adalah satu hukuman yang amat menyakitkan. Ini kerana sebatan itu akan mengakibatkan luka luar dan dalam. Ia mengambil masa lebih sebulan untuk sembuh keseluruhan. Parutnya akan kekal selama-lamanya. Kesakitannya dikatakan amat sakit, berdenyut-denyut ke seluruh tubuh. Pada malam hari pesalah terpaksa tidur dalam keadaan meniarap untuk mengelak kesakitan.

Persoalannya adakah hukuman sebat di mahkamah syariah dilakukan dengan kaedah sama dengan mahkamah sivil? Inilah persoalan yang timbul berkaitan hukuman sebat ini yang dianggap sebagai hukuman mahkamah sivil sehingga memberi tanggapan buruk kepada mahkamah syariah apatah lagi pesalahnya adalah wanita.

Oleh itu, mahkamah syariah dikatakan menindas serta menzalimi wanita dengan membezakan kesalahan pesalah sivil yang mengecualikan hukuman sebatan terhadap orang tua dan wanita. Hakikatnya di mahkamah syariah, sebatan dilakukan dengan kekuatan sederhana dan selepas melakukan satu sebatan, pelaksana hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya (melibas). Kebiasaannya sebatan hanya meninggalkan kesan merah dan tidak memudaratkan sehingga mampu memecahkan kulit.

Sewajarnya kita sebagai umat Islam harus sensitif terhadap perkara berkaitan aktiviti yang membabitkan arak ini, bukannya terhadap isu remeh temeh dengan mencampuri sebarang keputusan dikeluarkan mahkamah syariah. Sebarang keputusan mahkamah syariah bersandarkan kepada peruntukan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984 memberikan bidang kuasa kepada mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 atau enam kali sebatan.

Biarpun hukuman ditingkatkan, belum ada kajian atau penulisan yang mengkaji keberkesanan hukuman ini dalam membendung pembabitan masyarakat dalam jenayah syariah. Mengenai hukuman sebat pula, biarpun diperuntukkan terhadap pelbagai kesalahan jenayah syariah, malah kaedah pelaksanaannya juga dinyatakan di dalam Enakmen Prosedur Jenayah Syariah. Sebagai umat Islam sewajarnya kita membendung sebarang bentuk aktiviti membabitkan arak ini yang semakin berleluasa dari semasa ke semasa dengan membiarkan orang Islam terbabit secara langsung dengan aktiviti arak ini sama ada di hotel, di kilang pembuatan arak, kedai serbaneka atau di pasar raya. Harus diingat bahawa bagi kesalahan meminum arak ini, hukuman yang selaras dengan undang-undang harus dijatuhkan bagi menginsafkan pelakunya supaya orang ramai turut sama menjauhi arak.

Selain itu juga hukuman yang diberikan untuk menghindar orang lain daripada meminum arak yang jelas menjadi ibu kepada kesalahan. Apabila minum arak, ia akan menyebabkan seseorang itu hilang akal dan melakukan pelbagai kesalahan. Apa pun kembalilah kita kepada al-Quran dan Hadis. Biarlah Allah dan Rasul yang menjadi ikutan dan penentu kehidupan kita. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya." (Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah)


Disediakan oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip


dipetik dari berita harian online

Thursday, July 23, 2009

Masyarakat harus faham hukuman sebat


Oleh Hasliza Hassan


Islam ambil pendekatan untuk beri pengajaran, kesedaran bahaya arak KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Isnin lalu menjatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadap model sambilan dari Singapura, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, atas kesalahan meminum arak di sebuah resort di Cherating kira-kira jam 11.40 malam pada 11 Julai 2007, mencetuskan kontroversi. Hukuman itu mengundang maklum balas termasuk daripada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang terkejut dengan tindakan hakim menjatuhkan hukuman sebat.

Malah, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali juga melahirkan rasa terkejut bahawa hukuman sebat termasuk dalam undang-undang syariah dan menganggap ia sebagai hukuman yang sangat keras. Persoalan yang timbul di sini ialah mengapa perlu disebat. Jika dikenakan sebatan sekalipun, mengapa cuma enam sebatan? Kenapa tidak 40 sebatan iaitu jumlah maksimum yang pernah dilaksanakan Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakar as-Siddiq kepada peminum arak? Malah, Khalifah Umar menetapkan hukuman sebanyak 80 sebatan kepada pesalah yang meminum arak.

Bagaimanapun, pensyarah Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zulfakar Ramlee, berkata jumlah hukuman sebat dikenakan itu bukan isu utama sebaliknya masyarakat perlu faham falsafah hukuman. Katanya, tiada siapa berani mengatakan arak itu bagus kerana semua tahu kesan tidak baiknya terhadap kesihatan dan minda manusia. Malah, masyarakat Barat juga mengakui hakikat itu dengan melarang ibu yang mengandung meminum arak. Oleh itu kata beliau, cantiknya Islam sebagai agama fitrah ialah mengambil pendekatan untuk menjaga keselamatan umat dan hukuman sebagai pengajaran supaya masyarakat tidak melakukan perkara yang boleh memudaratkan mereka serta orang lain. "Hukuman enam sebatan itu tidak serius tetapi rasional di sebalik falsafah hukuman lebih penting kerana kita mahu orang sedar keburukan minum arak kepada fikiran dan kesihatan. Lagipun, hukuman sebat ini sudah ada sejak 1994 dan hanya sekarang hakim melaksanakannya.

"Keburukan arak sudah jelas termasuk firman Allah yang menyatakan keburukannya lebih banyak berbanding kebaikan. Jika ada yang menjadikannya isu, mereka mungkin terbawa-bawa perjuangan hak asasi yang menganggap ia sebagai isu peribadi," katanya. Beliau berkata, masyarakat perlu objektif kenapa Parlimen meluluskan peruntukan hukuman sebat dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah Syariah) 1965 (Pindaan 1984) kerana undang-undang dibuat bukan untuk suka-suka.

Sebenarnya hukuman sebat sesuatu yang biasa di kebanyakan negara Islam termasuk Bangladesh yang menjatuhkan hukuman 202 sebatan terhadap seorang janda dan 101 sebatan kepada lelaki kerana disyaki terbabit dengan aktiviti anti-sosial di sebuah kampung di utara Bangladesh. Hukuman itu mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh ketua agama.

Dr Zulfakar berkata, tidak timbul soal zalim atau hukuman yang keras kerana peraturan menetapkan orang yang akan merotan menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana serta mengangkat rotan sama paras dengan bahu tidak melebihi kepalanya.

"Hukuman sebat hanya untuk menyedarkan masyarakat dan enam sebatan itu pun tak sakit, hanya untuk pengajaran. Sepatutnya isunya sekarang ialah bukan kenapa ia dilaksanakan tetapi kenapa ia tidak dilaksanakan sedangkan sudah lebih 20 tahun," katanya. Penolong Setiausaha Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar pula berkata, tidak dinafikan hukuman sebat syariah sering kali menimbulkan polemik di kalangan masyarakat akibat tidak memahami perundangan itu.

"Hukuman itu sering disamakan dengan hukuman sebat dalam undang-undang sivil (jenayah), sama ada dari segi konsep dan pelaksanaannya. Sebab itu walaupun ada peruntukan sebat ia hampir tidak dilaksanakan melainkan di Kelantan," katanya. Beliau berkata, kesalahan jenayah syariah yang membawa hukuman sebat berbeza antara negeri tetapi hukuman dikenakan hanya pada had maksimum enam kali sebatan. Berbeza dengan undang-undang sivil yang memperuntukkan sebat bagi kesalahan serius, hukuman sebat syarie tidak hanya dijatuhkan kepada kesalahan serius termasuk kesalahan berkaitan dengan akhlak, tatasusila dan beberapa kesalahan lain.

Negeri Selangor mempunyai lapan bentuk kesalahan syariah yang memperuntukkan hukuman rotan kepada pesalah iaitu doktrin palsu, mencemarkan tempat ibadat, sumbang mahram, melacurkan isteri, muncikari (bapa ayam), persetubuhan luar nikah, persediaan persetubuhan luar nikah dan persetubuhan bertentangan tabii. Kelantan memperuntukkan kesalahan minum arak selain kesalahan zina, mukadimah zina dan liwat.

Wilayah Persekutuan pula menggunakan istilah Musahaqah, iaitu kesalahan gay dan lesbian, selain kesalahan-kesalahan lain yang hampir sama dengan Selangor. "Semua kesalahan tersebut adalah mengikut budi bicara hakim, sama ada setiap pesalah dijatuhkan hukuman denda, atau rotan atau penjara atau kesemua sekali atau juga mana-mana kombinasi yang dirasakan wajar," katanya.


dipetik dari berita harian online

Thursday, July 16, 2009

INSIDEN BALING BATU DI SUNGAI PERIA-fakta yang cuba disembunyikan

INSIDEN BALING BATU DI SUNGAI PERIA-fakta yang cuba disembunyikan media

Rakyat amat terkejut dengan beberapa kejadian membaling botol dan batu dikatakan berlaku di antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding di UPU sungai Peria sehingga melibatkan kecederaan yang agak serius kepada beberapa penyokong parti berkenaan.

Apa yang paling mendukacitakan kita ialah laporan pihak media yang kelihatan berat sebelah dalam melaporkan kejadian tersebut. Pihak Pas sering ditonjolkan sebagai pencetus kepada kejadian malang tersebut tanpa menunggu siasatan pihak Polis. Pihak media juga memberi perhatian dan lebih `highlight’ mereka kepada mangsa-mangsa yang tercedera dari Puteri Umno sahaja sehinggakan menemubual mereka di katil-katil wad hospital. TV3 juga berada di balai polis semasa laporan dibuat orang penyokong PAS yang cedera. Bahkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa daripada PAS disalahguna oleh TV3 dengan mengatakannya daripada UMNO. Ini menggambarkan seolah-olah mangsa hanya terdiri daripada penyokong-penyokong Umno sahaja. Tindakan media yang tidak bermaruah ini ingin menggambarkan seolah-olah tiada penyokong Pas yang turut menjadi mangsa kejadian ini.

Sebenarnya terdapat dua orang penyokong Pas dan juga anggota polis yang turut menjadi mangsa kejadian. Menurut laporan polis yang dibuat oleh salah seorang mangsa dari penyokong PAS kejadian bermula akibat daripada provokasi sebuah kenderaan model Nautica berlambang “dacing” yang cuba menceroboh masuk pintu pagar sekolah kebangsaan Peria yang juga tempat pembuangan undi. Setelah dihalang oleh para penyokong PAS dan anggota polis kenderaan tersebut cuba melarikan diri dan hampir-hampir merempuh barisan penyokong PAS. Akibat daripada kejadian itu, para penyokong UMNO mula membaling botol mineral dan kedua-dua pihak kemudian saling baling-membaling objek yang merbahaya. Dalam kejadian itu kedua-dua pihak mengalami kecederaan samada akibat dipijak atau terkena objek keras. Antara mangsa yang mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno tersebut adalah seperti berikut:

1. Sdr Sahruddin bin Yahya (Pemuda Pas Kawasan Merbok) -Mengalami kecederaan di kepala dan Laporan Polis telah dibuat pada 14/7/2009 (No Report KK 001811/09).

2. Muslimat Perak – Nadia bte Mohd Kamil (No HP: 013-23701xx) – Mengalami kecederaan parah di dagu dan masih dirawat di Hospital Kuala Krai , Wad Kenari Katil No 24. (Laporan Report Polis belum diperolehi).

Amat mendukacitakan pihak media bersikap berat sebelah di dalam melaporkan insiden ini. Daripada awal kempen sememangnya pihak media kerajaan sentiasa dilihat berpihak kepada Umno sehinggalah selesai pilihanraya ini pun mereka masih tidak mampu berlaku adil di dalam laporan dan berita mereka. Inilah media yang kita ada dan inilah yang dikatakan transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan UBN di bawah kepimpinan najib.

PELIK TAPI BENAR:-

1) Setakat hari ni tiada mana-mana individupun pun yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Krai bagi permohonan reman berkenaan tangkapan seorang pemuda yang dipercayai daripada penyokong PAS dan akan didakwa dalam masa terdekat di bawah seksyen 323 penal code sebagaimana dakwaan media;

2)Setakat hari ni juga sebenarnya tiada apa-apa laporan Polis dibuat oleh Puteri UMNO yang dikatakan patah gigi dan cedera di pinggang. Patutnya gambar Puteri UMNO yang patah gigi kalau ada mesti keluar muka depan semua media utama negara dengan darah bercucuran keluar.

3) Seorang Puteri UMNO iaitu Norfarhana dari Changkat Jering memang dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Krai,Wad Kenari, Katil no 24...tetapi katil tersebut pada pukul 6 petang didapati kosong dan digantikan oleh Muslimat PAS iaitu NADIA MOHD KAMIL selama satu malam (sebagaimana gambar.) Norfarhana sebenarnya cedera bukan akibat balingan batu atau kayu tetapi cedera akibat dipijak oleh penyokong UMNO yang berasak-asak cuba melarikan diri dari medan perjuangan

4)Pada pukul 7 malam kejadian ada seorang lagi Puteri UMNO dimasukkan ke wad kecemasan tetapi bukan berkaitan insiden di Sungai Peria tetapi...akibat penyakit asma yang biasa dihidapi oleh wanita dengan berat badan hampir 120kg seperti beliau..Puteri UMNO tersebut yang tidak ditanya namanya dan kelihatan tercungap-cungap itu dibiarkan berkeseorangan kerana waktu itu wartawan telah beredar...jika wartawan masih ada disitu memang akan keluar namanya sebagai seorang lagi mangsa insiden.

5) Gambar yang disiarkan TV3, NTV7 dan astro awani pada malam pengumuman keputusan pilihanraya sebenarnya gambar muslimat PAS yang sedang membuat report Polis dan siaran salinan Report itu adalah salinan report yang ditaip sendiri oleh pihak Peguam PAS tetapi telah disalahgunakan oleh wartawan TV3 dengan menyatakannya daripada Puteri UMNO.

6)Puteri UMNO tidak dapat menyiapkan report sehingga ke hari ini kerana pada waktu report cuba dibuat iaitu pada jam 1.30 petang komputer di Balai Polis Kuala Krai "Offline" dan tidak dapat "online" dengan BUkit Aman. Oleh itu report terpaksa ditulis tangan, sebaliknya report muslimat PAS telah ditaip siap oleh pihak peguam. Report daripada puteri UMNO juga tidak dapat dibuat kerana yang datang buat report ialah pihak ketiga iaitu kawan kepada yang dikatakan cedera. Sebab itulah TV3 salah guna report yang dibuat muslimat kerana bos besar mahukan salinan report untuk disiarkan di media utama.

7) Sehingga ke hari ini, media tidak mendedahkan tentang kenderaan Nautica warna hitam yang cuba menceroboh ke dalam kawasan pusat pengundian yang menjadi punca utama provokasi dan insiden tersebut.

BUKTI KECEDERAAN PENYOKONG PAS DISEBABKAN OLEH SERANGAN UMNO

Muslimat pas mendapat 5 jahitan di dagu dan ditempatkan di katil no 24 wad kenari hospital besar kuala krai tetapi tidak ditemuramah wartawan walaupun berada berdekatan dengan katil puteri umno yang terseliuh kaki

.


Pemuda PAS dari Merbok, Kedah En Sharudin yang pecah kepala dibaling batu selepas membuat report di Balai Polis Kuala Krai (No. Report: 001811/09) tetapi tidak didedahkan wartawan TV3 yang berada berdekatan.