Sunday, January 18, 2009

Plihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu


Luham telah menghantar kontinjen Legal Team ke Kuala Terengganu sebagai pasukan bantuan kepada Lajnah Guaman Terengganu dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil P. 036 Kuala Terengganu.

Seramai 11 orang peguam yang berpengalaman dalam hal berkaitan undang-undang perjalanan pilihan raya telah dihantar di ketuai oleh saudara Hisham Fauzi selaku pengerusi Luham. Kontinjen ini kemudiannya diserapkan dibawah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda Pas Pusat dibawah seliaan saudara Mohd Hanipa Maidin dan diketuai oleh saudara Zulqarnain Lukman.

Peguam-peguam dari negeri lain juga turut turun padang bagi memberikan bantuan seperti dari Perak, Perlis, Pahang dan Kuala Lumpur untuk memastikan tiada undang-undang pilihan raya dicabuli semasa proses plihan raya.

Para peguam seterusnya dibahagikan kepada empat dun yang berada di dalam Parlimen Kuala Terengganu iaitu Dun Batu Burok, Dun Wakaf Mempelam, Dun Ladang dan Dun Bandar.

Beberapa laporan polis telah dibuat oleh peguam-peguam yang betugas mengenai perlanggaran undang-undang pilihan raya termasuklah laporan polis terhadap Dato Azeez, Ketua Putera Umno Malaysia yang dikatakan telah masuk ke kawasan tempat pembuangan undi sedangkan beliau adalah tidak mempunyai kuasa atau diberikan kuasa untuk berbuat demikian.


No comments: