Saturday, January 16, 2010

Ladang kambing: Mahkamah Rayuan tolak rayuan

PUTRAJAYA, 15 Jan: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Datuk Mohd Amin Pipit untuk mendapatkan perintah injunksi terhadap Akademi Keluarga Bahagia Berhad terhadap satu kawasan perternakan di Rong Cenuk, Kelantan.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan itu adalah Datuk Hassan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Sulaiman Daud.

Mohd Amin diwakili oleh Zaidan & Co manakala Akademi diwakili oleh peguam Zainal Abidin Mustafa dan Mohd Mahfuz. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah menolak permohonan Mohd Amin untuk menyekat Akademi Keluarga Bahagia dari memasuki kawasan perternakan kambing berkenaan.

Permohonan itu dibuat ekoran pertikaian yang berlaku antara Mohd Amin dan Akademi Keluarga Bahagia terhadap kawasan perternakan itu.

Mohd Amin, seorang penternak dari Negeri Sembilan telah bekerjasama dengan Akademi Keluarga Bahagia untuk mengusahakan pertenakan kambing di Rong Cenuk, Pasir Mas.

Namun, kedua-dua pihak berselisih faham sehingga menyebabkan Mohd Amin memohon agar Mahkamah menyekat Akademi dari memasuki kawasan ladang itu.

Namun, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan injunksi serta ganti rugi itu. Kerana tidak berpuashati dengan keputusan itu, Mohd Amin telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Mahkamah Rayuan hari menolak rayuan itu dengan kos RM500 perlu dibayar oleh perayu iaitu Mohd Amin, beritahu peguam Akademi Keluarga Bahagia, Zainal Abidin Mustafa.

Kesah pertikaian ini telah menjadi cerita bersiri yang dibuat oleh satu laman web. Ia melibatkan seorang Exco kerajaan negeri Kelantan.

No comments: