Wednesday, July 30, 2008

PTPTN Dikaji


Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan caj perkhidmatan yang dikenakan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) hendaklah berkonsepkan upah sejajar matlamat penubuhannya untuk membantu pelajar membiayai pengajian.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata kadar upah yang dikenakan itu juga mesti bersesuaian dengan perkhidmatan yang diberi dan tidak membebankan peminjam.

Mesyuarat khas bagi membincangkan isu PTPTN itu berlangsung kira-kira satu setengah jam dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz.

Difahamkan, konsep upah itu membabitkan formula kos sebenar pengurusan PTPTN sepanjang tempoh pinjaman yang dicampur bersama pinjaman peminjam bagi menggantikan caj perkhidmatan tiga peratus yang digunakan sebelum ini.

Abdul Shukor berkata, mesyuarat itu tidak menetapkan satu kadar yang tepat, tetapi beliau menjangka kadar baru itu akan memuaskan hati semua pihak kerana ia bersesuaian dengan kehendak syarak.

Sebelum ini, caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN telah membebankan para peminjam yang rata-ratanya masih lagi menganggur walaupun telah menamatkan pengajian. Caj yang dikenakan tersebut juga jauh lebih tinggi daripada caj yang dikenakan bank. Seolah-olah PTPTN ini merupakan 'along kerajaan' yang bertindak sebagai lintah darat untuk menghisap darah para pelajar.



No comments: