Monday, February 9, 2009

Dr M: MB harus dibenar panggil mesyuarat DUN


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata "tindakan melompat" wakil rakyat di Perak seharusnya mengakibatkan pembubaran dewan undangan negeri (DUN) tetapi oleh kerana Sultan Azlan Shah mengisytiharkan tidak perlu diadakan pilihanraya, maka keputusan itu harus dihormati.

Katanya, menteri besar pembangkang harus dibenarkan memanggil mesyuarat DUN dan undi tidak percaya perlu diluluskan terhadap kerajaan berkenaan, lapor Bernama."Tetapi jika menteri besar tidak mahu mengadakan sidang DUN, jadi bagaimana kita boleh paksa beliau berbuat demikian.

"Undang-undang menyatakan undi tidak percaya mesti diluluskan sebelum ada pertukaran kerajaan. "Sekalipun mereka terus memerintah negeri itu, mereka bertindak sebagai kerajaan minoriti. Bagaimana kerajaan minoriti hendak mentadbir negeri, bila ia tidak punya sokongan," kata Dr Mahathir selepas demonstrasi teknologi SmartPool di the Mines Waterfront Business Park di ibunegara semalam.

Mengenai laporan bahawa pembangkang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan berhubung keputusannya, Dr Mahathir berkata walaupun tindakan pembangkang itu tidak beretika, undang-undang membolehkan tindakan itu diambil.

Bagaimanapun, Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin berkata, pihaknya tidak akan memfail saman terhadap Sultan.
Dipetik dari Malaysiakini

No comments: