Friday, February 6, 2009

Sokongan Sultan Perak kepada Pakatan Rakyat Yang patut kita hargai

Sepatutnya kita jangan cepat melatah menyalahkan Paduka Seri Sultan dengan mengganggap baginda menyebelahi UMNO...saya percaya Baginda tiada apa-apa kepentingan dan telah membuat keputusan dengan mengambilkira kepentingan rakyat jelata keseluruhan dan suasana semasa serta keadaan ekonomi yang tidak menentu...justeru baginda mungkin berpendapat adalah tidak menjadi satu keperluan yang mendesak untuk memperkenankan pembubaran dun seterusnya memaksa kepada satu pilihanraya kecil bagi kesemua DUN di Perak yang pastinya akan merugikan wang rakyat dan akan mencetuskan semula perasaan perkauman dan kepartian yang hampir reda setelah sepuluh bulan berlalunya PRU yang lalu.

Walau bagaimana pun sebagai seorang Sultan yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang undang-undang, sekiranya baginda Sultan berpendirian untuk tidak memperkenankan pembubaran DUN demi kepentingan rakyat, maka kami rakyat jelata amat mengharapkan baginda Sultan supaya segera menitahkan speaker agar diadakan satu sidang DUN tergempar bagi membolehkan BN mengemukakan usul undi tidak percaya memandangkan baginda tidak memperkenankan permohonan MB untuk membubarkan DUN dan MB sedia ada juga tidak mahu meletakkan jawatan.

Sebaliknya, adalah menjadi satu persoalan akan punca tindakan Baginda memperkenankan pembentukan kerajaan negeri yang baru oleh BN melalui pintu belakang tanpa terlebih dahulu mendapat suara majoriti melalui sidang DUN melalui usul undi tidak percaya malah secara tergesa-gesa telah memberikan kata dua kepada MB samada meletakkan jawatan atau akan mengganggap semua 28 kerusi dun milik PR akan dikosongkan. Sekiranya kesemua kerusi tersebut dikosongkan maka satu pilihanraya kecil bagi kesemua 28 kerusi tersebut perlu diadakan. Ini pastinya tetap akan merugikan wang dan masa rakyat malah akan mencetuskan perbalahan antara parti dan kaum sekiranya dilaksanakan dan matlamat asal baginda untuk menjaga kepentingan rakyat tidak lagi menjadi keutamaan.

Inilah antara persolan yang bermain difikiran kami terutama pengamal undang-undang kerana selama ini baginda Paduka Seri Sultan adalah seorang yang berprinsip dan mempunyai pendirian dan tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik dalam membuat keputusan. Apakah punca-punca baginda tidak menitahkan speaker untuk mengadakan sidang DUN tergempar bagi memulangkan kuasa kepada semua ADUN untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada MB sekiranya tidak ingin memperkenankan pembubaran DUN dan menyerahkan semula hak kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang akan memerintah mereka???sebaliknya memperkenankan satu pembentukan kerajaan negeri baru melalui pintu belakang tanpa mengambilkira hak rakyat kebanyakan dan pandangan ADUN???

Sebab Musabab tindakan Baginda Paduka Seri hanyalah baginda dan Tuhan saja yang tahu dan diharapkan baginda membuat pertimbangan berdasarkan kepentingan awam...namun di sini saya ingin mengenang kembali jasa-jasa Paduka Seri Sultan kepada rakyat Perak keseluruhannya dan Pakatan Rakyat amnya yang tidak boleh dilupakan kita...mungkin ramai yang tidak mengetahuinya...atau mungkin Pimpinan Pakatan Rakyat telah tersilap langkah dan percaturan politik sebelum mengadap baginda Sultan Perak yang memang amat arif dengan permainan peruntukan undang-undang...marilah kita sama-sama muhasabah kalau-kalau ianya berpunca daripada tindakan tergesa-gera kita sendiri ..

Selepas pilihanraya 8 MAC 2008 lepas, keputusan pilihanraya telah melihatkan BN memperolehi 28 kerusi dengan 27 dari UMNO dan 1 MCA. Manakala DAP 18, PKR 6 dan Pas 7. Awal awal lagi menteri besar perak Tajul Rosli telah bertemu dengan Tuanku Sultan Perak untuk membentuk kerajaan negeri kerana belum wujud lagi PR pada waktu itu.(tanpa pakatan bermakna UMNO/BN menang) Walau bagaimanapun Baginda Sultan amat prihatin dengan perkembangan semasa dan telah menjangkakan akan wujud pakatan rakyat kemudiannya. Oleh itu, Tuanku tidak memberi perkenan terhadap permintaan Tajul Rosli dan telah awal-awal lagi telah menitahkan wakil PAS, DAP dan PKR mengadap yang mana kemudiannya telah mewujudkan pakatkan. Setelah wujudnya pakatan secara rasmi, kemudiannya Tuanku menolak permintaan Tajul Rosli dan membenarkan PR memerintah Perak walaupun pakatan tersebut tiada pengerusi sampai lah sekarang. Sebab inilah, saya menyeru sahabat semua jangan menuduh Paduka Sultan tidak adil hanya kerana emosi, macam dan secara tiba tiba faham dengan perlembagaan lebih dari bekas Lord President. Kalau Tunku Sultan Perak berat sebelah...awal-awal lagi Baginda akan mengadakan majlis angkat sumpah kerana BN telah ada majoriti dengan 29 kerusi pada waktu itu manakala DAP 18, PKR 6 dan Pas hanya 7 kerusi...tapi Baginda telah memanggil wakil DAP, PAS dan PKR mengadap terlebih dahulu untuk mendengar perancangan pembangkang untuk membentuk kerajaan kerana DAP memperolehi kerusi lebih banyak dan mustahil untuk Baginda melantik MB daripada DAP...maka akhirnya MB dilantik daripada PAS setelah semua setuju untuk membentuk pakatan secara tidak rasmi.

Daripada kes kita pada hari ini....Memang walaupun mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, sekiranya baginda tidak memperkenankan pembubaran DUN maka Baginda Sultan tidak ada bidang kuasa memecat MB sebaliknya hanya boleh meminta MB meletakkan jawatan kalau mengikut peruntukan 16(6). Sebaiknya kalau kita lihat fasal 18(2)b dimana menyatakan bahawa Sultan boleh mengunakan budi bicaranya dalam melaksanakan kuasa yang diperuntukkan dibawah undang-undang tubuh negeri. Saya berpandangan bahawa Baginda telah menggunakan kuasa budi bicaranya kerana MB Nizar sebelum daripada mengadap Baginda Sultan telah secara rasmi tidak mengiktiraf 3 dun tersebut sebagai DUN kerana speaker telah mengisytiharkan ianya telah dikosongkan, jadi sudah tentu tidak akan ada persidangan untuk mengusulkan undi tidak percaya kepadanya kerana masing-masing BN dan PR mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu masing-masing 28 kerusi dan 3 adun bebas tersebut tidak boleh mengundi kerana speaker telah mengosongkan kerusi mereka. Memandangkan Bn dan PR tiada majoriti...maka ini pastinya akan menyebabkan segala urusan kerajaan Perak akan kucar kacir dan disinilah Sultan mengunakan budi bicaranya, dimana MB telah tidak mendapat kepercayaan majoriti walaupun tidak bersidang ataupun jika bersidang...maka pentadbiran negeri pastinya akan terencat kerana tidak akan ada keputusan dapat dibuat jika bersidang. Malah di dalam undang-undang tubuh memang tidak ada dalam peruntukan agar perlu bersidang sekiranya MB yang tidak memperolehi majoriti untuk letak jawatan.

Walau bagaimana pun, sebagai rakyat kebanyakan saya berpendapat, Baginda Sultan sepatutnya mengekalkan kerajaan sedia ada sementara menunggu keputusan Mahkamah samada:-

1) Sekiranya mahkamah mengisyitiharkan 3 kerusi DUN tersebut dikosongkan, maka kuasa perlu diserahkan kembali kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka melalui Pilihanraya Kecil. Sekiranya PR masih lagi memenangani ketiga-tiga kerusi DUN tersebut maka pemerintahan akan berjalan seperti biasa. Tetapi jika sebaliknya...maka BN bolehlah secara sah mengambil alih pemerintahan kerajaan Negeri Perak; atau jika

2) Sekiranya Mahkamah mengishtiharkan bahawa ketiga-tiga ADUN tersebut masih lagi ADUN yang sah maka, Sultan perlulah menitahkan speaker mengadakan sidang DUN untuk usul tidak undi tidak percaya kepada MB dan Kerajaan sedia ada bagi membolehkan ketiga-tiga ADUN tersebut bersama-sama ADUN yang ada membuat keputusan...berkemungkinan besar juga usul undi tidak percaya tersebut tidak akan berjaya kerana "Politics is an art of possible"...macam macam boleh jadi dalam politik...tidak pernah ada ketentuan.

MARILAH KITA SEMUA BERDOA AGAR ALLAH SWT MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG DIAMAHKAN KUASA SEMENTARA AGAR MENGGUNAKANNYA DEMI KEADILAN DAN KEPENTINGAN RAKYAT!!

Wassalam.

http://www.pemudaguchil.blogspot.com/

No comments: