IPOH, 5 Feb - Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini memohon bagi mengisytiharkan kekosongan di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
Saman itu difailkan oleh Peguam Bela dan Peguam Cara Leong & Tan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada pukul 11.40 pagi. Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dan Exco Kanan negeri Datuk Ngeh Koo Ham hadir di mahkamah.

Ketiga-tiga penyandang - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), dan Hee Yit Fong (Jelapang) - mendakwa surat peletakan jawatan mereka ditandatangani selepas mereka dipilih menjadi wakil rakyat pada Mac tahun lepas.
Menurut Bernama, Sivakumar dan Ngeh dalam satu kenyataan bersama hari ini mengulangi bahawa Sivakumar telah menerima peletakan jawatan ketiga-tiga wakil rakyat dan kerajaan negeri tidak lagi mengiktiraf mereka sebagai wakil rakyat bagi kawasan berkenaan.
"Pengisytiharan ini dipohon bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya mengiktiraf kekosongan ketiga-tiga kerusi dan pilihan raya kecil mesti diadakan," menurut mereka
No comments:
Post a Comment