Sunday, June 22, 2008

Sekali Lagi Wang Rakyat Membazir

Tugas hakiki pendakwaan apabila membawa sesuatu kes di mahkamah adalah memastikan segala keterangan dan pembuktian yang boleh mensabitkan seseorang yang dituduh dengan sesuatu pertuduhan dibentangkan sepenuhnya di mahkamah. Samada fakta tersebut diterima ataupun tidak oleh hakim yang mendengar kes adalah soal kedua.

Pendakwa membuat tuduhan berdasarkan siasatan oleh pegawai penyiasat - kebiasaannya anggota polis. Segala kemudahan agensi penguatkuasaan undang-undang, latihan, kemudahan prasarana disediakan bagi membolehkan seseorang pendakwa menjalankan tugasnya dengan berkesan.

Dengan rela hati saya menghalalkan segala kutipan cukai yang saya bayar untuk membiayai kerja itu. Walaupun dikatakan kosnya agak tinggi, saya rela asalkan negara ini selamat dan penjenayah tak kira besar ataupun kecil dikenakan hukuman sewajarnya.

Pendek kata saya mengharapkan kerja pendakwaan mestilah dijalankan dengan standard yang paling tinggi iaitu dengan mengemukakan segala yang perlu kepada mahkamah. Soal keputusan lain halnya. Saya boleh berpuas hati dengan apa sahaja keputusan yang diputuskan oleh Hakim yang adil.

Tetapi malangnya, banyak kes-kes pendakwaan di negara kita yang ditolak kerana masalah teknikal dan kelemahan pertimbangan pihak pendakwaan. Saya pernah terbaca beberapa kes di mana hakim sendiri menegur kelemahan pihak yang menjalankan penyiasatan dan pendakwaan sehingga menyebabkan kes ditolak. Kadang-kadang kerana pendakwa gagal/tidak memanggil saksi-saksi penting.

Contohnya sebagimana yang terjadi dalam kes pembunuhan kanak-kanak warganegara Cina, kes Norita dan sebagainya. Dan yang terbaru semalam kes adik seorang menteri yang dituduh di bawah seksyen 39(b) ADB, tapi dilepaskan kerana kegagalan pendakwaan memanggil seorang saksi penting.

Apa punya bodoh!!!! Keperluan macam tu pelajar Undang-Undang yang belum masuk Mahkamah pun tahu.

Atau adakah disebabkan oleh faktor-faktor lain?

Saya kemukakan salinan beritanya di bawah:

Adik Menteri persekutuan bebas dari tali gantung
20-06-2008 07:15:23 PM

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan adik seorang menteri Kabinet persekutuan, Mohd Jusnaidi Omar, terhadap dua pertuduhan berkaitan dadah.

Hakim Datuk Ian Chin, dalam penghakimannya berkata pendakwaan tidak memanggil isteri kedua Mohd Jusnaidi, Nurul Ashikin Omar untuk disoal balas.

Ini, katanya memberi kesempatan kepada tertuduh untuk merujuk Nurul Ashikin sebagai orang yang bertanggungjawab mengemaskan beg pakaiannya iaitu tempat dadah itu dijumpai.

"Dalam usaha untuk menyangkal atau menimbulkan kesangsian terhadap apa yang diperkatakan oleh tertuduh, pendakwaan mengemukakan kes mereka berkaitan Nurul semasa menyoal balas (Mohd Jusnaidi) dalam percubaan sia-sia untuk menimbulkan kesangsian terhadapnya," katanya.

Chin mengandaikan hampir keseluruhan soal balas oleh pendakwaan dibuat berdasarkan kepada apa yang diberitahu oleh Nurul Ashikin kepada polis.

Dalam perbicaraan yang bermula pada 26 Mei, Mohd Jusnaidi menghadapi pertuduhan membebaskan 1.011kg kanabis mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori selain menghadapi pertuduhan kedua memiliki 23.98g syabu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Tanjung Aru di sini kirakira 10 pagi pada 20 Mei tahun lepas.
Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Kanan Persekutuan Suhami Ibrahim dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun manakala peguam Zahir Shah Hussein dan Hamid Ismail mewakili tertuduh. BERNAMA



Apa pandangan anda????

2 comments:

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Sepatutnya pihak pendakwaan perlu lebih teliti dalam mengendalikan kes. Nak kata tak belajar, lulusan universiti. Kenapalah bodoh sangat tak panggil isteri kedua tertuduh sedangkan perkara itu disebut dalam mahkamah bahawa isteri kedua tertuduh yang mengemas beg pakaian.

Baik tukar orang lain bagi jadi pendakwaraya. jangan asnyik dok makan gaji buta je. kalau pasal demonstrasi macam2 mereka buat bagi kena masuk jail juga. ni dah terang2 penjahat pengedar dadah. Hampeh!!!

Anonymous said...

Apa2 nak buat pun....mesti berlandaskan hukum Islam..

Ni tidak....hukum Allah barua2 tu kata tak relevan......
Tak relevan kepala hotak ko!!!!

Korang tu yg tak pandai, takde ilmu
sbb tu la kata tak relevan..

Bila dah Malaysia ni dipegang oleh org2 yg memperjuangkan ISLAM... nti korang taulah relevan ke tak relevan hukum Islam dipraktikkan di Malaysia sekalipun terdiri dr berbagai kaum....

Kalau tak boleh junjung hukum Allah pd satu tahap tertinggi....tak yah bangga2 & sebutlah kat satu dunia ni....Malaysia ni negara Islam...